Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Thursday, November 25, 2010

PMR - Geografi Yang Lalu.


Alhamdullilah, peperiksaan PMR 2010 telah pun berlalu dan amat diharapkan semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut berjaya dengan cemerlang khasnya mtapelajaran Geografi. Cikgu doakan perfect A Geografi pada semua anak didik cikgu dari Tingakatan 3 Angsana hinggalah ke 3 Kekwa, Amin.
Biarpun matapelajaran Geografi hanya ditawarkan dari Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja, di SMK Dato' Penggawa Barat, cikgu yakin pelajar boleh menyambungnya ketika berada di Tingkatan 6 kelak. Sekolah ini adalah sekolah aliran sains dan mempunyai banyak pakej matapelajaran. Tambahan lagi, subjek sejarah menjadi teras dan wajib lulus, meninggalkan Geogrfi sebagai matapelajaran elektif yang tidak wajib diambil di Tingkatan 4 dan 5. Apatah lagi dengan dasar peperiksaan yang tidak membenarkan calon mengambil subjek peperiksaan melebihi 10 - 11 perkara. Namun cikgu amat optimis, pelajar-pelajar yang meminati subjek Geografi memperolehi menafaat semasa pengajaran dan pembelajaran Geografi di kelas untuk dibawa sebagai rujukan dan membantu penyelesaian kehidupan ketika mengharungi kehidupan sebenar nanti.
Semoga pelajar terus menghayati keindahan alam semulajadi, menikmati kurniaan tuhan dan sama-sama menjaga kesejahteraannya.

Tuesday, November 23, 2010

Pengenalan.

Salam Sejehtera.
Tujuan utama laman blog ini dibangunkan adalah untuk membantu dan memberi tips maklumat mengenai geografi dari Tingkatan 1 hingga ke Tingkatan 3. Memang tidak dapat dinafikan, pengajaran guru dalam kelas dan rujukan buku teks adalah yang paling utama perlu diberikan perhatian, namun, beberapa maklumat tambahan atau bantuan luar diharapkan dapat membantu para pelajar khasnya di daerah Pontian. Mudah-nudahan laman blog ini dapat memantapkan lagi fahaman dan konsep geografi.
Selamat Belajar.