Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Sunday, March 18, 2012

Bahan Membangunkan Graf & carta Pai

Pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat yang datang ke pasar lambak

Cadangan Mengumpulkan Data Mentah Untuk Graf bar Mudah & Carta Pai.

Seperti yang cikgu dah ajar dan kita dah pun buat langkah-langkah membina Graf bar dan carta Pai, cikgu lebih suka dan cadangkan agar pelajar-pelajar cikgu laporkan KKG bahagian grafik bukan sahaja untuk mendapatkan markah penuh, malah, belajar lakukan persembahan dengan cara terbaik dan lebih dari apa yang dikehendaki. Mudah-mudahan pengalaman yang dilalui oleh pelajar dapat dimanfaatkan ketika melanjutkan pelajaraan di Universiti atau bekerja nanti.

Prosedur Membina Graf /Carta Pai :

1. Tentukan tajuk
2. Data Mentah
3. Data Analisis
4. Graf / Carta
5. Rumusan / Tafsiran

Mungkin pelajar boleh bangunkan graf /carta dari jenis-jenis jualan di Pasar Lambak. Cari data-data berkaitan jumlah lot jualan sayur-sayuran, hasil keluaran kampung, bahan kering ( runcit ), pakaian, makanan segera / kuih muih, aksesoris pakaian, barang mainan, ubatan tradisional dan seumpamanya. INGAT !, jangan terlalu banyak, memadai dengan 6 - 8 jenis.

Atau, jumlah anggaran pengunjung dari jam 3 petang hingga jam 10 malam. Contohnya antara jam 3 ptg hingga 4 ptg, 4 ptg hingga 5 ptg, 5 ptg - 6 ptg, dan seterusnya.

Lakukan dalam kumpulan, namakan kumpulan untuk laporan. Bekerjasamaaaa.......




JENIS JUALAN PASAR LAMBAK - 2

Pakaian Untuk keluarga
Hasil Tanaman Kampung
Hhasil Tangkapan Laut & Sungai
Buah-buahan Impot & Tempatan
Barangan Runcit - Bahan Kering

JENIS JUALAN DI PASAR LAMBAK PONTIAN

Pelbagaian Jualan Kuih Muih
Kuih Tempatan - Putu Piring
Jualan Sayur-sayur Segar
Pelbagai Aksoseris Hiasan Diri
Makanan Segera - Jenis kerepek dan Maruku

GAMBAR SEKITAR PASAR LAMBAK 2

PERSEKITARAN PASAR LAMBAK BANDAR PONTIAN KECHIL.

  • Setiap peniaga mempunyai tapak sewaannya yang tersendiri.
  • Payung dan khemah mudah alih serta boleh dipasang segera dan dikemas semula adalah menjadi satu kemestian.
  • Tidak dibenarkan langsung untuk mendirikan gerai atau tapak berniaga secara kekal atau tetap.
  • Urusan jual beli akan bermula dari seawal jam 3 petang dan tamat pada jam 10 malam.



GAMBAR SEKITAR PASAR LAMBAK

SUASANA PERSEKITARAN PASAR LAMBAK, BANDAR PONTIAN KECHIL.
JALAN MASUK DAN PANDANGAN SISI.

SEBAHAGIAN DARI LOT JUALAN DI PASAR LAMBAK, BANDAR PONTIAN KECHIL

TAMAN MINI REKREASI YANG TERKETAK BERHAMPIRAN PASAR LAMBAK

TAMAN REKREASI UNTUK BEREHAT DAN BERTEDUH


TAMAN REKREASI DIANTARA TAPAK PASAR LAMBAK DAN PAKIR KERETA
.

Monday, March 12, 2012

PENGHARGAAN

Biarpun markah penuh boleh diperolehi dari penghargaan 3 pihak, cikgu lebih selesa dan senang hati jika calon menuliskan lebih dari itu. Karang 1 perenggan untuk 1 pihak. Tuliskan 3 perkara dalam ucapan kepada pihak berkenaan.

  1. Nama pihak
  2. Orang yang bertanggung jawab
  3. Sebab ucapan diberi.
Contohnya :

  • Saya ingin mengucapakan setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat iaitu Tuan Haji Hashim Bin Mohd. Dom kerana telah membenarkan penggunaan kemudahan sekolah dan bahan-bahan laporan untuk kami menyempurnakan tugasan KKg ini hingga selesai.

Senarai Kandungan

Laporan muka surat seterusnya ialah Senarai Kandungan.

  1. Lakar satu jadual ( table ) dengan tajuk Bil, Isi Kandungan dan muka surat.
  2. Salin semula semua aspek kajian ( telah diedarkan ) mengikut susunan.
  3. Terdapat 11 aspek yang boleh dicatatkan bermula aspek Tajuk Kajian hingga Aspek Rujukan.
  4. No 12 iaitu Penilaian Umum tidak dinyatakan kerana ia bukan aspek yang hendak dilaporkan.
  5. Buat dalam satu muka surat sahaja
  6. Tuliskan muka surat

TAJUK KAJIAN

Tajuk kajian hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
  1. Tajuk Utama Tugasan ( Perniagaan Runcit )
  2. Jenis ( Pasar Lambak )
  3. Tapak Kawasan Kajian ( Tapak Stesen Bas Lama )
  4. Alamat ( Jalan Abas, bandar Pontian Kechil, 82000 pontian. Johor )
Contoh :

Perniagaan Runcit Jenis Pasar Lambak Di Tapak Stesen Bas Lama, Jalan Abas, Bandar Pontian Kechil, 82000 Pontian. Johor Darul Ta'zim.

  • Laporkan dalam satu muka surat sahaja
  • Pastikan keseimbangan menulis tajuk pada muka surat tersebut ( Justifikasi )
  • Tuliskan Tajuk Aspek - Tajuk Kajian di atas sekali.
  • Tulis muka surat.
( 1 markah penuh di bahagian ini )

PENGENALAN KKG PMR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua calon PMR 2012 khasnya yang sedang mengusahakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun ini.
Pada awal cuti semester 1 yang baru lepas ( 10hb dan 12hb March ) cikgu telah pun memberi taklimat melaksanakan KKG bersama cikgu Ramli Sulaiman. Biarpun begitu, bagi mereka yang tidak hadir dan masih lagi blurr.. dengan pelaksanaan KKG ini, cikgu ulang kembali apa yang perlu dilakukan, persiapan dan bahan-bahan/data yang mesti disediakan untuk laporan calon.

Bahan Laporan Yang Telah Diedarkan.
  1. 2 keping plastik untuk kulit luar
  2. 2 helai kulit buku laporan ( bercetak - muka surat hadapan dan tidak bercetak - muka surat belakang.
  3. Kertas lampiran dari 1 hingga 5.
  4. Kertas arahan calon untuk pelaksanaan
  5. Kertas soalan tugasan
  6. Beberapa helai kertas putih saiz A4 yang telah ditebuk untuk binding
  7. 1 plastik kosong untuk menyimpan bahan laporan sementara sehingga lengkap untuk dibinding kemudian
Jika ada calon yang masih belum menerimanya, sila usahakan melalui AJK geografi kelas masing-masing. Semua kelas boleh merujuk kepada cikgu jika menghadapi kesulitan atau tidak faham dalam sesuatu aspek yang hendak dilaporkan.