Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Wednesday, March 27, 2013

Sekitar Kajian dan Soalselidik 
di Terminal Pengangkutan Awam Pontian 
Pada 27hbMarch 2013
 Bas henti-henti dari terminal bas Pontian ke Kukup.
 Pelajar-pelajar SMKDPB sedang menjalankan kaji selidik
 Pelajar menjalankan soal selidik dalam kumpulan
 Ribuan penghargaan kepada pemandu bas dan teksi ini kerana
 telah memberi kerjasama yang amat memuaskan
 Tong sampah disediakan untuk menjamin kebersihan terminal diberi perhatian
 Salah satu kumpulan soal selidik yang dijalankan di terminal bas Pontian.
 Terima kasih bang kerana sudi memberi kerjasama
 Adakah Papan Pemberitahuan ini berkesan ?
 Tangki air besar di sebalik bangunan adalah untuk keperluan persekitaran ini.
 Respon Temuramah dari Pak cik ini amat menarik kerana beliau
menceriatakan lebih dari apa yang pelajar mahu. Terima Kasih Pak Cik
Deretan bangunan dengan segala kemudahan dan keperluan penduduk



Pindaan Laporan KKG 2013
SMK Dato' Penggawa Barat.

Salam semua pelajar !

Cikgu minta maaf kerana terdapat beberapa perubahan dan sedikit pindaan pada laporan KKG anda.  Setelah cikgu hadir taklimat pelaksanaan PBS di SM Sains pada tempoh hari, kami guru-guru geografi seluruh Johor diberikan input baru dan ditunjukkan jalan yang lebih mudah dan lebih luas skop laporannya.  Walaupun kita dah laksanakan agak jauh ke depan, cikgu rasa kita mesti anggap pindaan ini positif.

Rakan-rakan cikgu sependapat, setelah diumumkan soalan KKG pada bulan Februari lalu, kita mesti terus bertindak tanpa menunggu taklimat rasmi dari Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD yang disampaikan pada hujung bulan March.  Ini adalah untuk membantu pelajar agar tidak terlalu padat dengan pelaksanaan Kerja-kerja Kursus matapelajaran lain yang dijangka berjalan serentak.  Apatah lagi pada masa yang sama, kita terpaksa habiskan sukatan pada bulan Julai, melalui ujian dan peperiksaan yang amat penting untuk memasti target headcount tercapai, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti Kokurikulum, mewakili sekolah, program-program sekolah yang tidak pernah kering dan bermacam-macam lagi perkara yang pelajar dan guru terlibat.

Justeru itu, mari kita terus memecut ke hadapan dan selesaikan apa yang mampu. Bahagian aspek yang perlu diubah, kita ubah, aspek yang diberi markah penuh mengikut speksifikasi yang dinyatakan, tinggalkan ke dalam fail dan terus ke aspek lain hingga selesai.

Cikgu terangkan dalam kelas selepas naik cuti bulan march ni.

Sunday, March 17, 2013

Skema Sumatif 1 :
Tingkatan 3 AK, AS, CA,CE, DA, KA, KE, & MA

( Rujukan Pn Rohati Sood )



Wednesday, March 13, 2013

PERSEKITARAN  PUSAT  PERDAGANGAN
BANDAR  BARU  PONTIAN,  JOHOR.

Pengkalan Ikan Di Muara Sg Pontian

Pandangan dari pantai menghala ke kawasan tebus guna
Pemandangan di persekitaran muara Sungai Pontian Kechil..  Masih lagi terdapat bot-bot nelayan yang berlabuh setelah  menjalankan kegiatan perikanan. 
Pinggir Kuala Sungai Pontian Kechil Pontian










Pada hujung minggu. kawasan ini dipenuhi oleh kaki pancing.  Biasanya mereka akan bertumpu di kawasan ini ketika air laut mulai pasang.



Kadangkala, dalam keadaan air surutpun, kaki pancing akan datang untuk melepaskan rasa ketagih dan gian untuk memancing.







Kawasan Tebus Guna Dalam Pembinaan

Kawsan tebus guna

Kawasan tebus guna yang baru saja ditambak

JBD 4624
Masih lagi terdapat kawasan tebus guna di Bandar Baru Pontian atau dipanggil juga sebagai Pusat Perdagangan Pontian





Siapa sangka, suatu ketika kawasan ini adala bahagian laut.  Pada awalnya, kawasan ini menjadi tempat perbuangan sampah, kemudian ditambak dengan tanah dan akhirnya dibangunkan berbagai jenis bangunan.










Bumbung dari bangunan kedai-kedai yang dilihat dari kawsan tebus guna.











Dengan motor usang yang hampir antik inilah cikgu ambil gambar untuk membantu pelajar-pelajar setakat mana yang mampu.


Hargailah !!
Perkhidmatan Bas Ke Iskandar Johor.


Perkhidmatan syarikat bas ini agak istemewa sedikit kerana ia hanya menuju ke 
satu destinasi sahaja iaitu kawasan Iskandar Johor.
Jika pelajar perhatikan, bas ini sering kosong dari Pontian,  agaknya mengapa eekk...?
BIJAK MENENTUKAN JENIS DATA ATAU
 MENGUMPULKAN MAKLUMAT 
UNTUK TUJUAN MEMBANGUNKAN GRAF 
ATAU MANA-MANA TOPIK DALAM KKG

Cikgu nasihatkan agar pelajar merancang dengan teliti sebelum pergi mencari maklumat ke kawasan kajian.  Seperti yang telah cikgu terangkan dalam kelas, beberapa perkara harus difikirkan dahulu seperti :-

i.  Tentutukan objektif ( Tajuk Grafik )
ii. Kumpulkan data ( data awal / data mentah )
iii.Sama-sama dalam kumpulan  menganalisis data
iv. Bangunkan jadual data yang telah pasti dan lengkap ( jika perlu )
v.  Bangunkan graf bar mudah atau carta pai
vi. Tafsir graf atau carta pai.

Laporan :

1. Semua perkara dari i hingga iv dan vi boleh dilaporkan pada lembaran kertas lain.
2. Laporan graf atau carta pai wajib dilakukan pada 1 lembaran atau muka surat sahaja.

Jadual perjalanan bas dan  jumlah perjalanan dalam sehari boleh disuaikan untuk graf
Perbandingan jadual dan trip perjalanan dalam sehari boleh juga digunakan
Foto-foto Di Persekitaran Terminal Bas Pontian
Atau Terminal Pengangkutan Awam Pontian
( Pelajar-pelajar boleh muat turun mana-mana gambar foto yang sesuai dengan laporan. )
 Pusat pengangkutan awam di Pontian dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Awam Pontian atau boleh juga disebut Terminal Bas Pontian.

 
Perkhidmatan bas ini adalah di antara pengangkutan awam yang beroperasi di sekitar daerah Pontian meliputi perjalanan ke Benut, Pekan Nanas dan Kukup
 Deretan bas yang beroperasi ke luar daerah samada menghala ke Ibunegara, utara tanah air dan ke kawasan pantai timur semenanjung Malaysia
 Kaunter tiket Bas Mayang Sari yang menuju ke luar daerah Pontian
 Kaunter tiket bas yang akan mengambil penumpang dari kawasan tempatan
 menuju ke luar daerah
 Syarikat bas ini pula menjanjikan perjalanan terus menerus melalui lebuhraya
 Replika sebiji nanas yang menjadi lambang kebanggaan dan mercu tanda kawasan ini.
 Kawasan belukar pokok paya air masin yang masih lagi terdapat dipersekitran pinggir pantai
 Sebahagian dari pantai yang terlepas dari aktiviti tebus guna
Kawasan tebus guna berdekatan terminal bas yang dijadikan kawasan berehat dan rekreasi