Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Friday, June 19, 2015

Potensi

Potensi Untuk memajukan kegiatan ekonomi 
di kawasan kajian.

Bahagian ini memerlukan buah fikiran secara kreatif dan kritis yang berkaitan di kawasan kajian  :

Berikan sekurang-kurang 3 - 4 idea, huraian dan contoh.

i.   Kawasan peranginan, riadah, rekreasi, memancing, - tepi pantai
ii.  Kawasan pengeluaran hasil tanaman yg boleh dikomersialkan - tanih yg subur
iii. Kawasan ternakan hidupan laut - makanan laut - pantai yg bersih & terlindung
iv. Perniagaan homestay - ramai pelancong dtg kerana keunikan hutan paya bakau.
v.  Pembuatan kraftangan dari bahan semulajadi tempatan - konsep kedai 2 ringgit
vi. Mengolah bahan guna semula dari tin, plastik, tayar utk dijual - internet
vii.Mengiatkan hortikultur - tanaman lanskap - tunjukcara dan patenkan utk mendapat royalti
vii.Jualan barangan terpakai ( bundle ) kutipan dr seluruh tempat - utk peminat / pendapatan rendah.
viii.



Karangan dalam 2 perenggan :

Perenggan pertama mengandungi idea manakala perenggan ke dua mengandungi huraian dan contoh idea di kawasan kajian.

Cadangan

Cadangan :

Bahagian ini memerlukan huraian berkaitan beberapa cadangan untuk memajukan dan mempergiatkan lagi hasil ekonomi penduduk di kawasan kajian, ia samada dari calon atau pendapat responden yang ditemu bual .

Contoh : 

  • kerja sampingan
  • meningkatkan kemahiran untuk mengambil upah
  • urusniaga online - internet
  • berkebun sayur - jangkamasa pendek
  • membuka kelas kemahiran - masakan, jahit, gubahan
  • mempelbagaikan hasil tangkapan ikan - fish ball, sata, keropok, ikan pekasam, ikan salai dsn.
  • Hobi yang menjana tambahan pendapatan


Contoh :
Hasil perbincangan bersama kumpulan, saya dapat menyimpulkan 4 cadangan untuk menambahbaik hasil pencarian penduduk di sekitar kawasan kajian ialitu :
i. membuat kerja-kerja sampingan
ii. meningkatkan kemahiran individu untuk mengambil upah
iii. berurusniaga melalui internet atau online.
iv. berkebun sayur di halaman rumah


Penduduk yang mempunyai masa lapang terutamanya selepas kerja rasmi boleh melakukan kerja-kerja tambahan untuk menambah hasil pencarian samada pada hari yang sama atau di hujung-hujung minggu.  Contohnya, mereka boleh mengambil upah memotong rumput di halaman rumah jiran atau mungkin mengambil upah menjahit jika ada kemahiran tersebut.

Begitu juga kemahiran yang boleh dipelajari seperti membaiki perkakas alat elektronik dan membuka bengkel secara kecil-kecilan.  

Ketiga - tiga cadangan mestilah dihuraikan, dan diberi contoh bagaimana ia dilakukan.

Gambar Sokongan


Gambar sebagai sokongan sahaja.
Memadai tampal atau print pada kertas sebanyak 2 - 3 keping 
Tuliskan penerangan di bahagian bawah gambar.

Paling penting mesti ada kaitan dengan tajuk dan kawasan kajian.












Bengkel Kenderaan Yang
Memerlukan Kemahiran.
Bengkel ini adalah milik Persendirian
di Jalan Parit Mesjid
















Pejabat Kerajaan yang menempatkan
kakitangan Kerajaan di kawasan bandar





















Peniaga minuman dan makanan ringan
Beliau bekerja sendiri
Dipersekitaran bandar






Peniaga ikan
di pasar kecil tepi sungai pontian 
( masih dalam linkungan 5 km )


















Grafik

Bahagian Grafik :

Bahagian ini memperuntukkan 23 markah :
( markah mudah dan lumayan )  _ wajib rebut.

1. Jadual

Jadual ialah rumusan ( data analisis ) dari dapatan borang-borang responden.
Ia mesti disusun dengan betul dan lengkap.


2. Graf Bar Mudah  ( Wajib Lengkap )


Graf ini hanya contoh dari tajuk PT3 Geografi tahun sebelumnya.





i.  Gunakan kertas graf
ii. Warna atau lorek dengan cermat jika        
    berkesempatan
iii. Pastikan semua label dan tajuk lengkap
iv. Letakan Jadual di bahagian atas graf.






Tafsiran Graf :

Buat tafsiran ringkas berkaitan plotan graf :


  • Jenis-jenis pekerjaan
  • jumlah responden
  • pekerjaan paling majoriti dan minoriti

Konsep

Konsep :

Konsep ialah penerangan / definisi / Takrif / Maksud yang diterang secara ilmiah.  Calon mesti menghuraikannya dengan tepat berdasarkan rujukan dari kamus atau ensaiklopedia elektronik sah yang boleh dilayari dari URL internet.

Calon juga dikehendaki mengaitkan contoh kawasan kajian.


Contoh :
Dari Url..https://ms.wikipedia.org/wiki/EkonomiEkonomi (Economy) (daripada bahasa Greek bermaksud 'rumah', dan 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaranpengedaran, dan penggunaanbarang dan perkhidmatan.

Semua urusan rumahtangga yang berkaitan dengan pendapatan untuk memenuhi keperluan isi rumah memerlukan sumber pencarian.  Kawasan kajian di persekitaran SMKDPB, Jln Pt Mesjid menyediakan berbagai jenis pekerjaan untuk memenuhi kehendak rumahtangga seperti pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, peniaga, bekerja sendiri, nelayan dan seumpamanya.

Proses Awal

Keperluan Proses Awal :

1. 20 keping borang soala selidik yang telah di isi oleh reponden  -  tulisan tangan
2.  Data-data yang telah dirumuskan - Jumlah jenis pekerjaan dari responden di atas
3. Cadangan yang diperolehi oleh penduduk dan pendapat sendiri untuk memajukankan keg ekonomi penduduk :
     i. kerja tambahan masa
     ii. kerja sampingan
    iii.  kerja sendiri ( ambil upah ....  )
    iv.
     v..
4. Mengariskan potensi kawasan kajian menajdi kawasan yang maju dan makmur.
   i.  pertanian dari tanah yang subur
  ii.  perniagaan sebagai industri tertier
 iii.  kawasan pelancongan - melalui hebahan internet
 iv. 
  v.
  vi.

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian :

1.  Kaedah Pemerhatian
2.  Kaedah Temu Bual
3.  Kaedah Soal Selidik
4.  Kaedah Rujukan

Beberapa kaedah kajian boleh digunakan untuk mencari maklumat.  Kaedah kajian mestilah relevan dan berkaitan dengan data / maklumat dalam laporan.  Contohnya jika calon ingin membangunkan sebuah persembahan data melalui Graf Bar, maka kaedah kajian yang paling sesuai ialah dgn menggunakan kaedah soal selidik.

Contoh :
Untuk membuat laporan berkaitan kegiatan ekonomi di persikitaran SMKDPB, Jalan Parit Mesjid, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti dibawah :

Kaedah Pemerhatian ialah laporan calon berkaitan dapatan / maklumat yang dicari sendiri / pergi ke lapangan kawasan kajian untuk mendapatkan data.

Contoh :  Saya telah pergi ke kawasan kajian iaitu di persekitaran kampung pesisir untuk melihat sendiri jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk.  Kebanyakkan kegiatan ekonomi yang mereka lakukan ialah sebagai nelayan.


Kaedah Temu Bual : ialah cara mendapatkan maklumat melalui temu ramah kepada penduduk / responden di kawasan kajian.

Contoh : Saya telah menemuramah beberapa orang penduduk di kawasan bandar Pontian iaitu En .......... dan Pn.............berkaitan pekerjaan yang mereka lakukan dan bertanyakan pendapat tentang berbagai jenis pekerjaan yang penduduk lakukan


Kaedah Soal Selidik ialah maklumat atau data yang saya perolehi dari berapa keping borang soal jawab yang diedarkan kepada responden di kawasan kajian. -  diantara isi pertanyaan ialah jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.

Contoh  : saya telah menyediakan sebanyak 20 keping borang soal selidik untuk diedarkan / ditaburkan kepada beberapa kawasan kajian  agar saya dapat membangunkan graf atau carta pai untuk persembahan grafik


Kaedah Rujukan ialah maklumat yang diperolehi dari rujukan buku akhbar, majalah, internet dan seumpamnya 

Contoh : saya mendapatkan maklumat melalui rujukan buku,  kamus dan internet ( sebutkan Url dan jodol buku ). Takrif dan definisi berkaitan keg ekonomi saya dapatkan dari kaedah ini.

Objektif Kajian

Salam PT3 !

Untuk Bahagian Perancangan Awal :

1. Jadualkerja - telah diterangkan dalam kelas
2. Agihan kerja - telah diterangkan dalam kelas
3. Objektif Kajian :
                                    i. Dpt menyatakan dan menghuraikan takrif / definisi / konsep berkitan                                               kegiatan ekonomi di kaw kajian.

                                    ii. Boleh mengenalpasti jenis-jenis keg ekonomi di kawasan lajian

                                    iii. Dapat menerang / huraian jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan dalam                                             keg ekonomi penduduk tersebut

                                    iv. Memberi cadangan secara kritis dan kreatif untuk usaha-usaha yg                                                  boleh meningkatkan pendapatan penduduk.

                                     v. Mencadangkan keg ekonomi yg berpotensi dimajukan di kawasan                                                  kajian dgn alasannya