Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Tuesday, July 4, 2017

Potensi

Cadangan Potensi :

1. Terminal Bas ke 2
2. Pasaraya kering dan basah
3. Bangunan Sarang Burung Walit
4. Restoran Terapung
5. Kawasan Riadah Eko sistem
6. Taman Permainan Kanak-kakak dan Gym
7. Gelanggang Futsal
8. Kolam Pancing & Riadah air
9. Riadah & Bot Kawalan Jauh
10. Kedai, Bengkel dan Kawasan Latihan Drone
11. Kilang Memproses Kelapa Sawit di Pinggir Bandar
12. Kilang Memproses Makanan Ringan Kampong
13. Pusat Tuition PT3, SPM dan STPM
14. Pusat Latihan dan Bekalan Pertanian Bandar ( berasaskan air dan sabut )
15. Medan makanan ( Food Court )
16. Perpustakaan Moden dan Canggih
17. Jeti Seiring Pantai - Eko Sistem Kelautan
18. 
19
20

Calon hanya perlu pilih satu potensi sahaja
Terangkan Rasional Pemilihan ( 1 - 2 justifikasi )
Halangan yang bakal dihadapi ( 4 - 5 halangan )
Cadangan mengatasi halangan di atas ( merujuk halangan yg dikenalpasti )

Dalam Huraian - nyatakan :
1. Fakta
2. Huraian Fakta
3. Contoh huraian

Monday, July 3, 2017

Gambar Kawasan Berpotensi

Cadangan sahaja.


















Kerangka 1 - Perancangan

Anak-anak SMKDPB,
Mari kita fokus pada bahagian ini dulu

1. Jadual Kerja
2. Objektif Kajian
3. Kaedah Kajian

1. Jadual Kerja..


  • Lakar satu tarikh-tarikh kalender dalam bulai Julai dari tarikh 2.7.17 semasa menerima taklimat rasmi dari cg zahari.
  • Anda juga boleh tampal kalender sebenar ( contohnya kalender kuda )
  • Atau mungkin buat salinan fotokopi jika sukar cari yang ori.
  • Bulatkan tarikh-tarikh penting dari hari pertama mengikut minggu yang ada kelas dalam jadual waktu
  • Gariskan tarikh-tarikh yang anda fikir sesuai untuk mengumpulkan maklumat atau bahan penting dalam penulisan
  • Catatkan juga apa jua bahan yg anda perolehi spr dari laman sesawang google map, bahan cetakan dari laman MDP, salinan buku teks dan seumpamanya
  • Tarikh dan catatan jadual kerja akan berakhir pada hari akhir dalam minggu akhir dalam jadual waktu PdP.
  • Draf jadual kerja boleh disisip dalam kerangka  2 - proses awal - lampiran
  • Jadual kerja yang lebih kemas dilaporkan dalam keranagka 1

2.  Objektif Kajian .

  • Objektif kajian hendaklah bermula dengan kata kerja seperti - melukis, memaparkan, menyenarai, mengenalpasti, mengesyorkan, memberi cadangan, mencadangkan, dsn.
  • Semua objektif adalah merujuk kepada soalan dan kehendak soalan
  • Buat lah 4 objekti atau 5 objektif.

3. Kaedah Kajian.

  • buat hanya 3 kaedah kajian - Pemerhatian, Temubual dan Rujukan



Tuesday, June 13, 2017

KERJA KURSUS PT3 2017

Salam kepada semua pelajar Geografi PT3 2017.

Mulai bulan Julai, kita akan mengharungi sekali lagi kerka kursus geografi yang wajib dilaksanakan kepada semua calon PT3 khasnya di SMKDPB.

Cikgu doakan agar semua calon bersedia dan membuat beberapa langkah untuk menyediakan maklumat dan bahan-bahan geografi untuk dilaporkan.

Tahun ini formatnya berbeza sedikit dari tahun-tahun sudah iaitu ada sesi pembentangan dari apa yang telah dilaporkan.

Nanti kita bincangkan bersama setelah sampai waktunya.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut hari Raya.