Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Thursday, August 22, 2013

Brain Gym

Senaman Otak ( Brain Gym ) 
Untuk Calon Geografi PMR 2013

Setelah melaksanakan ibadah puasa, juga setelah meraikan kemenangannya di bulan Syawal, tiba masanya kita membuat persediaan berperang - PERANG PMR terakhir.
Akan ada beberapa Gerak Gempur Geografi anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor, latihtubi dari soalan-soalan Tema 1 - Tema 8, soalan-soalan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan seumpamanya.

Justeru itu, cikgu pasti akan ada yang rasa penat, bosan, dan hilang tumpuan semasa membuat latihtubi di dewan atau di kelas masing-masing.  Di bawah, ada cikgu uploadkan usaha untuk menguatkan daya fikiran dan menjadikan otak kita lebih berfungsi dan sihat.  Insyallah... !!

Langkah 1 - Cuba perlahan-lahan - berikan tumpuan

Langkah 2 - Fokus dan bersungguh-sungguh

Langkah 3 - Agak sukar pada tahap yang lebih tinggi - Anda boleh !
Langkah 4 - Apabila dah biasa, sukar menjadi biasa.

Langkah Rumusan - Ulang semua langkah - persembahan akan menjadi menarik.












Friday, August 2, 2013

KRT

Salam Lebaran Aidil Fitri 1434H

Alhamdullilah, kita telah berjaya melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dan tahniah kepada semua kerana kerjasama dan komitmen untuk mendapatkan pencapaian terbaik. Biarpun ada segelintir kecil yang cikgu umpamakan seperti nila yang merosakkan susu sebelanga. Akhirnya, nila itu tewas juga dari susu yang lebih banyak kandungannya.  Pelajar-pelajar ini akan disenarai hitam dan dipertimbangkan untuk tindakan disiplin akademik apabila ke Tingkatan 4 tahun hadapan.

Untuk kerja sekolah terancang,( hadiah hari raya ) cikgu mohon pelajar membuat ulangkaji dan merujuk buku rujukan atau buku teks dari soalan-soalan yang telah diberi semasa teknik menjawab soalan geografi PMR pada sabtu 27hb Julai 2013 di blok intelek dulu. Buat seperti yang cikgu sarankan iaitu membentuk kumpulan dikalangan rakan-rakan yang ngam, menjawab soalan-soalan yang diberi, merujuk buku untuk soalan yang diragui atau tidak ingat dan buat rasional jawapan.  INGAT !!, buat lebih kurang 10 soalan saja dalam satu masa dan jangan buat kerana nak cepat siap atau asal dah buat. Fahami betul-betul kehendak soalan dan jawab.  Rasional jawapan boleh rujuk buku teks.

Bersama ini cikgu selitkan beberapa kaedah untuk mengelakkan rasa stress atau bosan. Cubalah dengan mak ayah !!!

Salah seorang instruktor yang membuat demo mirip-mirip guru anda, cuba teka siapa dia ? Kalau betul dengan sangkaan cikgu, akan ada hadiah misteri menanti bila lepas cuti raya nanti.


Sempena hari raya aidilfitri ini, cikgu mengambil kesempatan untuk mohon maaf zahir dan batin sebab cikgu tahu mungkin ada pelajar tersinggung dari provokasi yang cikgu ajukan setiap kali masuk kelas.  Cuma, kadang-kadang cikgu benggang sikit, sebab pelajar yang diprovok langsung tidak menunjukkan mimik muka yang diharapkan. Tensengeh-sengeh adalaaa...   .  Dann.....  cikgu amat yakin pelajar pun nak minta maaf dengan cikgu, kann ??? Cikgu maafkan dengan syarat hadiahkan cikgu A dalam keputusan Geografi PMR 2013. eehhh  ????. 

SELAMAT BERJAYA  !!!!!