Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Monday, March 12, 2012

PENGENALAN KKG PMR 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua calon PMR 2012 khasnya yang sedang mengusahakan Kerja Kursus Geografi PMR tahun ini.
Pada awal cuti semester 1 yang baru lepas ( 10hb dan 12hb March ) cikgu telah pun memberi taklimat melaksanakan KKG bersama cikgu Ramli Sulaiman. Biarpun begitu, bagi mereka yang tidak hadir dan masih lagi blurr.. dengan pelaksanaan KKG ini, cikgu ulang kembali apa yang perlu dilakukan, persiapan dan bahan-bahan/data yang mesti disediakan untuk laporan calon.

Bahan Laporan Yang Telah Diedarkan.
  1. 2 keping plastik untuk kulit luar
  2. 2 helai kulit buku laporan ( bercetak - muka surat hadapan dan tidak bercetak - muka surat belakang.
  3. Kertas lampiran dari 1 hingga 5.
  4. Kertas arahan calon untuk pelaksanaan
  5. Kertas soalan tugasan
  6. Beberapa helai kertas putih saiz A4 yang telah ditebuk untuk binding
  7. 1 plastik kosong untuk menyimpan bahan laporan sementara sehingga lengkap untuk dibinding kemudian
Jika ada calon yang masih belum menerimanya, sila usahakan melalui AJK geografi kelas masing-masing. Semua kelas boleh merujuk kepada cikgu jika menghadapi kesulitan atau tidak faham dalam sesuatu aspek yang hendak dilaporkan.

Thursday, March 1, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Kerja Rumah Terancang - KRT Geografi

KRT Geografi sempena cuti perayaan tahun cina amat mudah dilaksanakan, namun jika pelajar tidak melaksanakan KGT semasa di tingakatn 1 dan 2, mungkin sukarlah bagi mereka.

Pelajar cuma perlu menyediakan semua peta lakar ke dalam kertas putih saiz A4. Berikut adalah butirannya :-
  1. Lakarkan peta Johor yang lengkap dan lorek/warna hanya daerah Pontian sahaja.
  2. Lakar Peta daerah Pontian dan lorek/warna kawasan Jalan Parit Mesjid - antara jalan parit semerah dengan Jalan Johor - Pontian dan SMKDPB dengan pinggir pantai Pontian.
  3. Peta kawasan kajian akan dibincangkan bersama dalam kelas nanti.
Pastikan perkara berikut ada :-
  • TAJUK PETA
  • ARAH MATA ANGIN
  • SEMPADAN PETA / BORDER
  • PETUNJUK
  • BAHAGIAN LOREK
PENTING !
Bahagian peta yang lengkap akan membawa 8 markah penuh.
Anda terpaksa mengutip 1 - 2 markah pada tiap sub topik yang diberi.
Markah penuh ialah 50.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS. !!

SALAM SESI 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua calon PMR sesi 2012 khasnya kepada pelajar-pelajar cikgu yang mengambil subjek Geografi di tingkatan 3.
Syukur, tahun ini cikgu diberi amanah dan kepercayaan untuk mengajar semua kelas tingkatan3 iaitu 3 Anggerik, Angsana, Cempaka, Cemara, Dahlia, Kenangan, Kekwa dan Mawar. Semuanya berada di blok Bakti kecuali 3 Mawar yang berada di blok Aman. Perhatian penuh harus ditumpukan pada kalian kerana bukan sahaja pelajar-pelajar tingkatan 3 berada di hadapan pejabat, berdekatan dengan bilik guru, di atas bilik guru disiplin dan menjadi tumpuan orang luar yang datang ke sekolah, malah anda adalah prioriti sekolah dalam pencapaian kecemerlangan akademik.
Justeru itu, cikgu ingatkan pada semua agar berikan tumpuan kepada sukatan pelajaran Geografi tingkatan 3 semasa dalam kelas dan berikan komitmen 100% untuk pelaksanaan Kerja Kursus Geografi ( KKG ).
Nota dan latihan dalam buku log merupakan dokumen penting untuk sokongan markah pada peperiksaan dalaman. Mutu kerja tulis dan respon para pelajar semasa P&P dijalankan akan menjadi aset penting ketika pelajar merayu atau mohon pertimbangan anjakan gred markah dalam peperiksaan dalaman. Ingat tu !!.
Semoga mendapat kerjasama dari semua dan beroleh keberkatan dalam pelajaran. Amin.

Guru Geografi anda

Thursday, August 25, 2011

Cuti Raya - Cuti Kerja Sekolah - Cuti Dok Rumah !

Salam sekali lagi !
Raya kali ini cikgu tak berapa seronok la, sebab tidak ramai anak didik cikgu dapat A. Rata-rata dapat B aje dan yang sedih ada lagi yang dapat C dan D.

Untuk mengembalikan semangat cikgu, cikgu ada selitkan hadiah hari raya. Sila layari laman blog sekolah di smkdpbkluster.blogspot.com

Ada 2 fail yang dilampirkan :
i. Fail soalan PMR dari sekolah asrama penuh
ii. Fail skema - jawapan soalan atas.

Cara membuatnya biasalah, kan ?
1. Cuba tanpa rujukan
2. Rujuk buku pada mana-mana fakta yang lupa atau ragu-ragu.
3. Semak jawapan
4. Berikan rasional jawapan yang tidak dipilih - dimana sesuai.

5. Masukkan ke dalam fail geografi bersama-sama set latihan lain

Pastikan semuanya lengkap.

salam.

Tuesday, August 16, 2011

Cuti-cuti Kerja Rumah

Salam !
Sebelum pelajar-pelajar mengeluh panjang, cikgu ingin mengucapkan selamat berpuasa dan meyambut hari raya pada semua pelajar khasnya pelajar muslim. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit membawa keberkatan dunia akhirat.
Semasa cuti panjang ni, semua pelajar dikehendaki menyiapkan soalan-soalan ulangkaji yang telah diedarkan. Naik sekolah, kita akan semak bersama.

Caranya :
  1. Jawab semua soalan tanpa rujukan atau perbincangan.
  2. Tinggalkan mana-mana soalah yang ragu-ragu dan lupa fakta
  3. Pusingan kedua, jawab soalan-soalan yang ditinggalkan melalui rujukan buku
  4. Akhir sekali, berikan rasional jawapan yang tidak terpilih. Rujuk buku jika tidak ingat isi pelajaran atau fakta.
  5. Simpan dalam fail khas untuk disemak bersama ketika naik hari persekolahan nanti.
Set Soalan :
  1. Set 3
  2. Set 4
  3. Set 5
  4. Set Peperiksaan Setara Negeri Johor.
Selamat mengulagkaji, Jangan buang masa.

Sunday, June 12, 2011

Cepatnya CUTI sekolah !

Dulu sehari sebelum nak cuti, betapa gembiranya hati saya sebab dapat rehat panjang dan boleh menenangkan fikiran setelah serabut sepanjang hari memikirkan kerja kursus geografi kau orang yang tidak siap-siap. Tambahan lagi, tak sampai 80% pelajar cikgu dapat A dalam peperiksaan sumatif 2 baru-baru ini.
Esok dah naik sekolah ! kepala saya dah mula nak serabut sebab masih ramai yang belum siap kerja kursus geografi tu. Kawan-kawan saya di sekolah lain dah mula menanda dan ada yang dah menjatuhkan markah muktamad.
Mudah-mudahan kau orang ok-ok la hendaknya... aminnn....