Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Saturday, July 12, 2014

Pencemaran PT3

Salam Warga SMKDPB khasnya calon PT3 Geografi.

Bersama ini cikgu paparkan beberapa keping imej yang berkaitan laporan anda . INGAT !! - kita cuma ada minggu ini sahaja untuk melengkapkan laporan. 

Cikgu terpaksa bantu pelajar biarpun sepatutnya kalian buat sendiri  kerana khuatir keselamatan kalian, apa tah lagi pada bulan ramadhan yang panas dan singkat.

Pilih mana-mana yang sesuai, cetak dan tuliskan penerangannya di bawah imej.

Cetak pada kertas A4 dan selitkan ke dalam laporan nanti.




Contoh Huraian Gambar :

Alat penapis ini terpaksa dipasang disaluran air luar rumah untuk memisahkan kotoran dan keladak di rumah-rumah kediaman.




Contoh  Huraian / Caption Gambar

Alat penapis yang besar dan mahal ini dipasang oleh tuan rumah yang mungkin lebih berkemampuan.

Ia bukan saja menyusahkan malah penduduk terpaksa berbelanja untuk menjamin mutu air yang bersih.













Bot-bot nelayan yang menumpahkan minyak di Sungai Pontian Kechil
Longgok sampah menanti masa
untuk masuk k edalam longkang







Sampah sarap yang menyebabkan longkang tersumbat dan berbau


Parit yang ditutup, namun dipenui sampah yang tidak kelihatan umum

Kawasan perumahan yang semakin bertambah





Tangkungan air longkang yang tercemar dan berbau


Sistem saliran di kawasan perumahan yang sempit


Parit / Longkang yang dipenuhi sampah
Longkang di hadapan sekolah yang tidak selenggara



Pinggir sungai pontian yang kotor dan dipenuhi sampah




Kehadiran biawak membuktikan kawasan saliran yang kotor


Tali air yang semakin sempit dan tidak terurus

Thursday, September 12, 2013

Senam Otak

SALAM SEMUA CALON PMR 2013.

Banyak dah usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah semata-mata untuk kejayaan semua.  Justeru itu, pelajar haruslah bersyukur dan tunjukkan sokongan kepada guru-guru anda melalui muka yang berseri dan senyuman berterima kasih.  Kita sama-sama letih dalam perjuangan ini,  Selain guru yang bersungguh-sungguh, pelajar juga tunjukkan minat.

Cikgu lampirkan sama lagu iringan semasa kita buat brain gym ( senaman otak ) dalam kelas.
SELAMAT BERSENAM OTAK

\

Thursday, August 22, 2013

Brain Gym

Senaman Otak ( Brain Gym ) 
Untuk Calon Geografi PMR 2013

Setelah melaksanakan ibadah puasa, juga setelah meraikan kemenangannya di bulan Syawal, tiba masanya kita membuat persediaan berperang - PERANG PMR terakhir.
Akan ada beberapa Gerak Gempur Geografi anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor, latihtubi dari soalan-soalan Tema 1 - Tema 8, soalan-soalan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan seumpamanya.

Justeru itu, cikgu pasti akan ada yang rasa penat, bosan, dan hilang tumpuan semasa membuat latihtubi di dewan atau di kelas masing-masing.  Di bawah, ada cikgu uploadkan usaha untuk menguatkan daya fikiran dan menjadikan otak kita lebih berfungsi dan sihat.  Insyallah... !!

Langkah 1 - Cuba perlahan-lahan - berikan tumpuan

Langkah 2 - Fokus dan bersungguh-sungguh

Langkah 3 - Agak sukar pada tahap yang lebih tinggi - Anda boleh !
Langkah 4 - Apabila dah biasa, sukar menjadi biasa.

Langkah Rumusan - Ulang semua langkah - persembahan akan menjadi menarik.












Friday, August 2, 2013

KRT

Salam Lebaran Aidil Fitri 1434H

Alhamdullilah, kita telah berjaya melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dan tahniah kepada semua kerana kerjasama dan komitmen untuk mendapatkan pencapaian terbaik. Biarpun ada segelintir kecil yang cikgu umpamakan seperti nila yang merosakkan susu sebelanga. Akhirnya, nila itu tewas juga dari susu yang lebih banyak kandungannya.  Pelajar-pelajar ini akan disenarai hitam dan dipertimbangkan untuk tindakan disiplin akademik apabila ke Tingkatan 4 tahun hadapan.

Untuk kerja sekolah terancang,( hadiah hari raya ) cikgu mohon pelajar membuat ulangkaji dan merujuk buku rujukan atau buku teks dari soalan-soalan yang telah diberi semasa teknik menjawab soalan geografi PMR pada sabtu 27hb Julai 2013 di blok intelek dulu. Buat seperti yang cikgu sarankan iaitu membentuk kumpulan dikalangan rakan-rakan yang ngam, menjawab soalan-soalan yang diberi, merujuk buku untuk soalan yang diragui atau tidak ingat dan buat rasional jawapan.  INGAT !!, buat lebih kurang 10 soalan saja dalam satu masa dan jangan buat kerana nak cepat siap atau asal dah buat. Fahami betul-betul kehendak soalan dan jawab.  Rasional jawapan boleh rujuk buku teks.

Bersama ini cikgu selitkan beberapa kaedah untuk mengelakkan rasa stress atau bosan. Cubalah dengan mak ayah !!!

Salah seorang instruktor yang membuat demo mirip-mirip guru anda, cuba teka siapa dia ? Kalau betul dengan sangkaan cikgu, akan ada hadiah misteri menanti bila lepas cuti raya nanti.


Sempena hari raya aidilfitri ini, cikgu mengambil kesempatan untuk mohon maaf zahir dan batin sebab cikgu tahu mungkin ada pelajar tersinggung dari provokasi yang cikgu ajukan setiap kali masuk kelas.  Cuma, kadang-kadang cikgu benggang sikit, sebab pelajar yang diprovok langsung tidak menunjukkan mimik muka yang diharapkan. Tensengeh-sengeh adalaaa...   .  Dann.....  cikgu amat yakin pelajar pun nak minta maaf dengan cikgu, kann ??? Cikgu maafkan dengan syarat hadiahkan cikgu A dalam keputusan Geografi PMR 2013. eehhh  ????. 

SELAMAT BERJAYA  !!!!!

Wednesday, March 27, 2013

Sekitar Kajian dan Soalselidik 
di Terminal Pengangkutan Awam Pontian 
Pada 27hbMarch 2013
 Bas henti-henti dari terminal bas Pontian ke Kukup.
 Pelajar-pelajar SMKDPB sedang menjalankan kaji selidik
 Pelajar menjalankan soal selidik dalam kumpulan
 Ribuan penghargaan kepada pemandu bas dan teksi ini kerana
 telah memberi kerjasama yang amat memuaskan
 Tong sampah disediakan untuk menjamin kebersihan terminal diberi perhatian
 Salah satu kumpulan soal selidik yang dijalankan di terminal bas Pontian.
 Terima kasih bang kerana sudi memberi kerjasama
 Adakah Papan Pemberitahuan ini berkesan ?
 Tangki air besar di sebalik bangunan adalah untuk keperluan persekitaran ini.
 Respon Temuramah dari Pak cik ini amat menarik kerana beliau
menceriatakan lebih dari apa yang pelajar mahu. Terima Kasih Pak Cik
Deretan bangunan dengan segala kemudahan dan keperluan penduduk



Pindaan Laporan KKG 2013
SMK Dato' Penggawa Barat.

Salam semua pelajar !

Cikgu minta maaf kerana terdapat beberapa perubahan dan sedikit pindaan pada laporan KKG anda.  Setelah cikgu hadir taklimat pelaksanaan PBS di SM Sains pada tempoh hari, kami guru-guru geografi seluruh Johor diberikan input baru dan ditunjukkan jalan yang lebih mudah dan lebih luas skop laporannya.  Walaupun kita dah laksanakan agak jauh ke depan, cikgu rasa kita mesti anggap pindaan ini positif.

Rakan-rakan cikgu sependapat, setelah diumumkan soalan KKG pada bulan Februari lalu, kita mesti terus bertindak tanpa menunggu taklimat rasmi dari Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD yang disampaikan pada hujung bulan March.  Ini adalah untuk membantu pelajar agar tidak terlalu padat dengan pelaksanaan Kerja-kerja Kursus matapelajaran lain yang dijangka berjalan serentak.  Apatah lagi pada masa yang sama, kita terpaksa habiskan sukatan pada bulan Julai, melalui ujian dan peperiksaan yang amat penting untuk memasti target headcount tercapai, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti Kokurikulum, mewakili sekolah, program-program sekolah yang tidak pernah kering dan bermacam-macam lagi perkara yang pelajar dan guru terlibat.

Justeru itu, mari kita terus memecut ke hadapan dan selesaikan apa yang mampu. Bahagian aspek yang perlu diubah, kita ubah, aspek yang diberi markah penuh mengikut speksifikasi yang dinyatakan, tinggalkan ke dalam fail dan terus ke aspek lain hingga selesai.

Cikgu terangkan dalam kelas selepas naik cuti bulan march ni.

Sunday, March 17, 2013

Skema Sumatif 1 :
Tingkatan 3 AK, AS, CA,CE, DA, KA, KE, & MA

( Rujukan Pn Rohati Sood )