Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Monday, July 3, 2017

Kerangka 1 - Perancangan

Anak-anak SMKDPB,
Mari kita fokus pada bahagian ini dulu

1. Jadual Kerja
2. Objektif Kajian
3. Kaedah Kajian

1. Jadual Kerja..


  • Lakar satu tarikh-tarikh kalender dalam bulai Julai dari tarikh 2.7.17 semasa menerima taklimat rasmi dari cg zahari.
  • Anda juga boleh tampal kalender sebenar ( contohnya kalender kuda )
  • Atau mungkin buat salinan fotokopi jika sukar cari yang ori.
  • Bulatkan tarikh-tarikh penting dari hari pertama mengikut minggu yang ada kelas dalam jadual waktu
  • Gariskan tarikh-tarikh yang anda fikir sesuai untuk mengumpulkan maklumat atau bahan penting dalam penulisan
  • Catatkan juga apa jua bahan yg anda perolehi spr dari laman sesawang google map, bahan cetakan dari laman MDP, salinan buku teks dan seumpamanya
  • Tarikh dan catatan jadual kerja akan berakhir pada hari akhir dalam minggu akhir dalam jadual waktu PdP.
  • Draf jadual kerja boleh disisip dalam kerangka  2 - proses awal - lampiran
  • Jadual kerja yang lebih kemas dilaporkan dalam keranagka 1

2.  Objektif Kajian .

  • Objektif kajian hendaklah bermula dengan kata kerja seperti - melukis, memaparkan, menyenarai, mengenalpasti, mengesyorkan, memberi cadangan, mencadangkan, dsn.
  • Semua objektif adalah merujuk kepada soalan dan kehendak soalan
  • Buat lah 4 objekti atau 5 objektif.

3. Kaedah Kajian.

  • buat hanya 3 kaedah kajian - Pemerhatian, Temubual dan Rujukan



Tuesday, June 13, 2017

KERJA KURSUS PT3 2017

Salam kepada semua pelajar Geografi PT3 2017.

Mulai bulan Julai, kita akan mengharungi sekali lagi kerka kursus geografi yang wajib dilaksanakan kepada semua calon PT3 khasnya di SMKDPB.

Cikgu doakan agar semua calon bersedia dan membuat beberapa langkah untuk menyediakan maklumat dan bahan-bahan geografi untuk dilaporkan.

Tahun ini formatnya berbeza sedikit dari tahun-tahun sudah iaitu ada sesi pembentangan dari apa yang telah dilaporkan.

Nanti kita bincangkan bersama setelah sampai waktunya.

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut hari Raya.

Friday, June 19, 2015

Potensi

Potensi Untuk memajukan kegiatan ekonomi 
di kawasan kajian.

Bahagian ini memerlukan buah fikiran secara kreatif dan kritis yang berkaitan di kawasan kajian  :

Berikan sekurang-kurang 3 - 4 idea, huraian dan contoh.

i.   Kawasan peranginan, riadah, rekreasi, memancing, - tepi pantai
ii.  Kawasan pengeluaran hasil tanaman yg boleh dikomersialkan - tanih yg subur
iii. Kawasan ternakan hidupan laut - makanan laut - pantai yg bersih & terlindung
iv. Perniagaan homestay - ramai pelancong dtg kerana keunikan hutan paya bakau.
v.  Pembuatan kraftangan dari bahan semulajadi tempatan - konsep kedai 2 ringgit
vi. Mengolah bahan guna semula dari tin, plastik, tayar utk dijual - internet
vii.Mengiatkan hortikultur - tanaman lanskap - tunjukcara dan patenkan utk mendapat royalti
vii.Jualan barangan terpakai ( bundle ) kutipan dr seluruh tempat - utk peminat / pendapatan rendah.
viii.



Karangan dalam 2 perenggan :

Perenggan pertama mengandungi idea manakala perenggan ke dua mengandungi huraian dan contoh idea di kawasan kajian.

Cadangan

Cadangan :

Bahagian ini memerlukan huraian berkaitan beberapa cadangan untuk memajukan dan mempergiatkan lagi hasil ekonomi penduduk di kawasan kajian, ia samada dari calon atau pendapat responden yang ditemu bual .

Contoh : 

  • kerja sampingan
  • meningkatkan kemahiran untuk mengambil upah
  • urusniaga online - internet
  • berkebun sayur - jangkamasa pendek
  • membuka kelas kemahiran - masakan, jahit, gubahan
  • mempelbagaikan hasil tangkapan ikan - fish ball, sata, keropok, ikan pekasam, ikan salai dsn.
  • Hobi yang menjana tambahan pendapatan


Contoh :
Hasil perbincangan bersama kumpulan, saya dapat menyimpulkan 4 cadangan untuk menambahbaik hasil pencarian penduduk di sekitar kawasan kajian ialitu :
i. membuat kerja-kerja sampingan
ii. meningkatkan kemahiran individu untuk mengambil upah
iii. berurusniaga melalui internet atau online.
iv. berkebun sayur di halaman rumah


Penduduk yang mempunyai masa lapang terutamanya selepas kerja rasmi boleh melakukan kerja-kerja tambahan untuk menambah hasil pencarian samada pada hari yang sama atau di hujung-hujung minggu.  Contohnya, mereka boleh mengambil upah memotong rumput di halaman rumah jiran atau mungkin mengambil upah menjahit jika ada kemahiran tersebut.

Begitu juga kemahiran yang boleh dipelajari seperti membaiki perkakas alat elektronik dan membuka bengkel secara kecil-kecilan.  

Ketiga - tiga cadangan mestilah dihuraikan, dan diberi contoh bagaimana ia dilakukan.

Gambar Sokongan


Gambar sebagai sokongan sahaja.
Memadai tampal atau print pada kertas sebanyak 2 - 3 keping 
Tuliskan penerangan di bahagian bawah gambar.

Paling penting mesti ada kaitan dengan tajuk dan kawasan kajian.












Bengkel Kenderaan Yang
Memerlukan Kemahiran.
Bengkel ini adalah milik Persendirian
di Jalan Parit Mesjid
















Pejabat Kerajaan yang menempatkan
kakitangan Kerajaan di kawasan bandar





















Peniaga minuman dan makanan ringan
Beliau bekerja sendiri
Dipersekitaran bandar






Peniaga ikan
di pasar kecil tepi sungai pontian 
( masih dalam linkungan 5 km )


















Grafik

Bahagian Grafik :

Bahagian ini memperuntukkan 23 markah :
( markah mudah dan lumayan )  _ wajib rebut.

1. Jadual

Jadual ialah rumusan ( data analisis ) dari dapatan borang-borang responden.
Ia mesti disusun dengan betul dan lengkap.


2. Graf Bar Mudah  ( Wajib Lengkap )


Graf ini hanya contoh dari tajuk PT3 Geografi tahun sebelumnya.





i.  Gunakan kertas graf
ii. Warna atau lorek dengan cermat jika        
    berkesempatan
iii. Pastikan semua label dan tajuk lengkap
iv. Letakan Jadual di bahagian atas graf.






Tafsiran Graf :

Buat tafsiran ringkas berkaitan plotan graf :


  • Jenis-jenis pekerjaan
  • jumlah responden
  • pekerjaan paling majoriti dan minoriti

Konsep

Konsep :

Konsep ialah penerangan / definisi / Takrif / Maksud yang diterang secara ilmiah.  Calon mesti menghuraikannya dengan tepat berdasarkan rujukan dari kamus atau ensaiklopedia elektronik sah yang boleh dilayari dari URL internet.

Calon juga dikehendaki mengaitkan contoh kawasan kajian.


Contoh :
Dari Url..https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi, Ekonomi (Economy) (daripada bahasa Greek bermaksud 'rumah', dan 'peraturan,' iaitu "pengurusan rumah tangga") merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisa pengeluaran, pengedaran, dan penggunaanbarang dan perkhidmatan.

Semua urusan rumahtangga yang berkaitan dengan pendapatan untuk memenuhi keperluan isi rumah memerlukan sumber pencarian.  Kawasan kajian di persekitaran SMKDPB, Jln Pt Mesjid menyediakan berbagai jenis pekerjaan untuk memenuhi kehendak rumahtangga seperti pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan, kakitangan swasta, peniaga, bekerja sendiri, nelayan dan seumpamanya.