Perkembangan Laporan Terkini - April
Sehingga minggu ke 2 bulan April, sepatutnya semua calon sudah hantar Aspek 1 - 5 dan telahpun dikurniakan markah. Cikgu harap semua calon sudahpun melakukan pembetulan atau penambahbaikan pada aspek tersebut.
Penghantaran laporan ke 2 pula ialah dari aspek 6 - 7 iaitu peta kawasan kajian - Johor, Pontian dan Jln Pt Mesjid. dan penerangan mengenai peta kaw kajian di jalan pt mesjid. Memanglah, bahagian ini agak rumit dan leceh, tetapi ganjaran markahnya lumayan. Cikgu mahu semua calon telah menghantar peta-peta tersebut serta membaiki atau menambahbaik mana-mana bahagian yang cikgu tegur.
Calon yang masih gagal menghantar dengan apa jua alasan akan berdepan dengan segala kesulitan kelak.
Teruskan perjuangan ! Rajin, Gigih dan ikhlas. Jangan bertangguh !
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLaa.. husna atirah ! awat hang tarik balik comment tu ? hang takut pa ?.
ReplyDeleteTak pa, sat ni naik sekolah saya pi tengok KKG hang, no !
Jaga hang !!!
Cikgu suspek, hang ada yang tak buat ni !