UNTUK RENUNGAN KITA.
PENGANGKUTAN AWAM
Tidak keterlaluan kalau cikgu katakan, bersyukurlah yang amat sangat, negara kita Malaysia khasnya penduduk di Pontian tidak mengalami keadaan seperti di atas. Ini bukan lagi tambang murah, malah dah sanggup menggadai nyawa kerana perhubungan dan pengangkutan awam yang tidak mencukupi menampung penduduknya.
Biarpun ada pelajar merungut kerana sukar nak buat laporan mengenai pengangkutan awam di Pontian, khasnya di jalan Parit Mesjid, cikgu rasa kalau kita duduk bermuafakat dan mengembeling idea, insyallah, kita boleh buat semampu yang terdaya. Setelah cikgu renung sejenak, memang ada logiknya, rungutan rakan pelajar tu. Apa tidaknya, majoriti penduduk sudah memiliki kenderaan sendiri. Paling-paling cikai pun kereta kancil atau Viva yang tidak perlu bayaran duit muka untuk keluar sebuah kereta sendiri.
Pandangan umum di atas jalanraya dipenuhi oleh kenderaan persendirian kerana taraf hidup dan ekonomi penduduk yang semakin mantap. Lihatlah persekitaran stesyen bas lama. Sunyi sepi dan lengang aje.
Stesen bas lama.
Salam, dah tak de la stesen bas ni
ReplyDelete