Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Wednesday, March 13, 2013

PERSEKITARAN  PUSAT  PERDAGANGAN
BANDAR  BARU  PONTIAN,  JOHOR.

Pengkalan Ikan Di Muara Sg Pontian

Pandangan dari pantai menghala ke kawasan tebus guna
Pemandangan di persekitaran muara Sungai Pontian Kechil..  Masih lagi terdapat bot-bot nelayan yang berlabuh setelah  menjalankan kegiatan perikanan. 
Pinggir Kuala Sungai Pontian Kechil Pontian










Pada hujung minggu. kawasan ini dipenuhi oleh kaki pancing.  Biasanya mereka akan bertumpu di kawasan ini ketika air laut mulai pasang.



Kadangkala, dalam keadaan air surutpun, kaki pancing akan datang untuk melepaskan rasa ketagih dan gian untuk memancing.







Kawasan Tebus Guna Dalam Pembinaan

Kawsan tebus guna

Kawasan tebus guna yang baru saja ditambak

JBD 4624
Masih lagi terdapat kawasan tebus guna di Bandar Baru Pontian atau dipanggil juga sebagai Pusat Perdagangan Pontian





Siapa sangka, suatu ketika kawasan ini adala bahagian laut.  Pada awalnya, kawasan ini menjadi tempat perbuangan sampah, kemudian ditambak dengan tanah dan akhirnya dibangunkan berbagai jenis bangunan.










Bumbung dari bangunan kedai-kedai yang dilihat dari kawsan tebus guna.











Dengan motor usang yang hampir antik inilah cikgu ambil gambar untuk membantu pelajar-pelajar setakat mana yang mampu.


Hargailah !!
Perkhidmatan Bas Ke Iskandar Johor.


Perkhidmatan syarikat bas ini agak istemewa sedikit kerana ia hanya menuju ke 
satu destinasi sahaja iaitu kawasan Iskandar Johor.
Jika pelajar perhatikan, bas ini sering kosong dari Pontian,  agaknya mengapa eekk...?
BIJAK MENENTUKAN JENIS DATA ATAU
 MENGUMPULKAN MAKLUMAT 
UNTUK TUJUAN MEMBANGUNKAN GRAF 
ATAU MANA-MANA TOPIK DALAM KKG

Cikgu nasihatkan agar pelajar merancang dengan teliti sebelum pergi mencari maklumat ke kawasan kajian.  Seperti yang telah cikgu terangkan dalam kelas, beberapa perkara harus difikirkan dahulu seperti :-

i.  Tentutukan objektif ( Tajuk Grafik )
ii. Kumpulkan data ( data awal / data mentah )
iii.Sama-sama dalam kumpulan  menganalisis data
iv. Bangunkan jadual data yang telah pasti dan lengkap ( jika perlu )
v.  Bangunkan graf bar mudah atau carta pai
vi. Tafsir graf atau carta pai.

Laporan :

1. Semua perkara dari i hingga iv dan vi boleh dilaporkan pada lembaran kertas lain.
2. Laporan graf atau carta pai wajib dilakukan pada 1 lembaran atau muka surat sahaja.

Jadual perjalanan bas dan  jumlah perjalanan dalam sehari boleh disuaikan untuk graf
Perbandingan jadual dan trip perjalanan dalam sehari boleh juga digunakan
Foto-foto Di Persekitaran Terminal Bas Pontian
Atau Terminal Pengangkutan Awam Pontian
( Pelajar-pelajar boleh muat turun mana-mana gambar foto yang sesuai dengan laporan. )
 Pusat pengangkutan awam di Pontian dikenali sebagai Terminal Pengangkutan Awam Pontian atau boleh juga disebut Terminal Bas Pontian.

 
Perkhidmatan bas ini adalah di antara pengangkutan awam yang beroperasi di sekitar daerah Pontian meliputi perjalanan ke Benut, Pekan Nanas dan Kukup
 Deretan bas yang beroperasi ke luar daerah samada menghala ke Ibunegara, utara tanah air dan ke kawasan pantai timur semenanjung Malaysia
 Kaunter tiket Bas Mayang Sari yang menuju ke luar daerah Pontian
 Kaunter tiket bas yang akan mengambil penumpang dari kawasan tempatan
 menuju ke luar daerah
 Syarikat bas ini pula menjanjikan perjalanan terus menerus melalui lebuhraya
 Replika sebiji nanas yang menjadi lambang kebanggaan dan mercu tanda kawasan ini.
 Kawasan belukar pokok paya air masin yang masih lagi terdapat dipersekitran pinggir pantai
 Sebahagian dari pantai yang terlepas dari aktiviti tebus guna
Kawasan tebus guna berdekatan terminal bas yang dijadikan kawasan berehat dan rekreasi

Wednesday, February 20, 2013

UNTUK RENUNGAN KITA.
PENGANGKUTAN AWAM


Tidak keterlaluan kalau cikgu katakan, bersyukurlah yang amat sangat, negara kita Malaysia khasnya penduduk di Pontian tidak mengalami keadaan seperti di atas. Ini bukan lagi tambang murah, malah dah sanggup menggadai nyawa  kerana perhubungan dan pengangkutan awam yang tidak mencukupi menampung penduduknya.

          Biarpun ada pelajar merungut kerana sukar nak buat laporan mengenai pengangkutan awam di Pontian, khasnya di jalan Parit Mesjid, cikgu rasa kalau kita duduk bermuafakat dan mengembeling idea, insyallah, kita boleh buat semampu yang terdaya. Setelah cikgu renung sejenak, memang ada logiknya, rungutan rakan pelajar tu. Apa tidaknya, majoriti penduduk sudah memiliki kenderaan sendiri. Paling-paling cikai pun kereta kancil atau Viva yang tidak perlu bayaran duit muka  untuk keluar sebuah kereta sendiri.

Pandangan umum di atas jalanraya dipenuhi oleh kenderaan persendirian kerana taraf hidup dan ekonomi penduduk yang semakin mantap. Lihatlah persekitaran stesyen bas lama. Sunyi sepi dan lengang aje.


Stesen bas lama.


Friday, February 8, 2013

Ah Lan Wa Sahlan
Kerja Kursus Geografi PMR 2013
Datang Lagi.

Berikut adalah soalan KKG 2013.

  1. Baca dan fahamkan keseluruhan arahan dan keperluan KKG
  2. Buat pilihan untuk menjawab soalan 1 atau soalan 2
  3. Sediakan bahagian :- 

Sediakan bahan secara Umum..

  1. Naik cuti kita bincangkan dengan lebih mendalam.
  2. Jadikan cuti ini bermenafaat dan rebut peluang masa terluang.
Jangan buang masa.

Monday, February 4, 2013

Nota & Soalan Geog

KERJA RUMAH TERANCANG GEOGRAFI TINGKATAN 3
UNTUK SESI 2013

Salam kembali anak-anak murid cikgu yang cemerlang. Lama juga cikgu tidak memuatnaik bahan-bahan rujukan. Di bawah ada beberapa nota tingkatan 3 dan perisian yang mungkin boleh membantu pembelajaran anda setelah berada di tingkatan 3.

Perisian 2