Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Wednesday, February 20, 2013

UNTUK RENUNGAN KITA.
PENGANGKUTAN AWAM


Tidak keterlaluan kalau cikgu katakan, bersyukurlah yang amat sangat, negara kita Malaysia khasnya penduduk di Pontian tidak mengalami keadaan seperti di atas. Ini bukan lagi tambang murah, malah dah sanggup menggadai nyawa  kerana perhubungan dan pengangkutan awam yang tidak mencukupi menampung penduduknya.

          Biarpun ada pelajar merungut kerana sukar nak buat laporan mengenai pengangkutan awam di Pontian, khasnya di jalan Parit Mesjid, cikgu rasa kalau kita duduk bermuafakat dan mengembeling idea, insyallah, kita boleh buat semampu yang terdaya. Setelah cikgu renung sejenak, memang ada logiknya, rungutan rakan pelajar tu. Apa tidaknya, majoriti penduduk sudah memiliki kenderaan sendiri. Paling-paling cikai pun kereta kancil atau Viva yang tidak perlu bayaran duit muka  untuk keluar sebuah kereta sendiri.

Pandangan umum di atas jalanraya dipenuhi oleh kenderaan persendirian kerana taraf hidup dan ekonomi penduduk yang semakin mantap. Lihatlah persekitaran stesyen bas lama. Sunyi sepi dan lengang aje.


Stesen bas lama.


Friday, February 8, 2013

Ah Lan Wa Sahlan
Kerja Kursus Geografi PMR 2013
Datang Lagi.

Berikut adalah soalan KKG 2013.

  1. Baca dan fahamkan keseluruhan arahan dan keperluan KKG
  2. Buat pilihan untuk menjawab soalan 1 atau soalan 2
  3. Sediakan bahagian :- 

Sediakan bahan secara Umum..

  1. Naik cuti kita bincangkan dengan lebih mendalam.
  2. Jadikan cuti ini bermenafaat dan rebut peluang masa terluang.
Jangan buang masa.

Monday, February 4, 2013

Nota & Soalan Geog

KERJA RUMAH TERANCANG GEOGRAFI TINGKATAN 3
UNTUK SESI 2013

Salam kembali anak-anak murid cikgu yang cemerlang. Lama juga cikgu tidak memuatnaik bahan-bahan rujukan. Di bawah ada beberapa nota tingkatan 3 dan perisian yang mungkin boleh membantu pembelajaran anda setelah berada di tingkatan 3.

Perisian 2

Sunday, March 18, 2012

Bahan Membangunkan Graf & carta Pai

Pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat yang datang ke pasar lambak

Cadangan Mengumpulkan Data Mentah Untuk Graf bar Mudah & Carta Pai.

Seperti yang cikgu dah ajar dan kita dah pun buat langkah-langkah membina Graf bar dan carta Pai, cikgu lebih suka dan cadangkan agar pelajar-pelajar cikgu laporkan KKG bahagian grafik bukan sahaja untuk mendapatkan markah penuh, malah, belajar lakukan persembahan dengan cara terbaik dan lebih dari apa yang dikehendaki. Mudah-mudahan pengalaman yang dilalui oleh pelajar dapat dimanfaatkan ketika melanjutkan pelajaraan di Universiti atau bekerja nanti.

Prosedur Membina Graf /Carta Pai :

1. Tentukan tajuk
2. Data Mentah
3. Data Analisis
4. Graf / Carta
5. Rumusan / Tafsiran

Mungkin pelajar boleh bangunkan graf /carta dari jenis-jenis jualan di Pasar Lambak. Cari data-data berkaitan jumlah lot jualan sayur-sayuran, hasil keluaran kampung, bahan kering ( runcit ), pakaian, makanan segera / kuih muih, aksesoris pakaian, barang mainan, ubatan tradisional dan seumpamanya. INGAT !, jangan terlalu banyak, memadai dengan 6 - 8 jenis.

Atau, jumlah anggaran pengunjung dari jam 3 petang hingga jam 10 malam. Contohnya antara jam 3 ptg hingga 4 ptg, 4 ptg hingga 5 ptg, 5 ptg - 6 ptg, dan seterusnya.

Lakukan dalam kumpulan, namakan kumpulan untuk laporan. Bekerjasamaaaa.......




JENIS JUALAN PASAR LAMBAK - 2

Pakaian Untuk keluarga
Hasil Tanaman Kampung
Hhasil Tangkapan Laut & Sungai
Buah-buahan Impot & Tempatan
Barangan Runcit - Bahan Kering

JENIS JUALAN DI PASAR LAMBAK PONTIAN

Pelbagaian Jualan Kuih Muih
Kuih Tempatan - Putu Piring
Jualan Sayur-sayur Segar
Pelbagai Aksoseris Hiasan Diri
Makanan Segera - Jenis kerepek dan Maruku

GAMBAR SEKITAR PASAR LAMBAK 2

PERSEKITARAN PASAR LAMBAK BANDAR PONTIAN KECHIL.

  • Setiap peniaga mempunyai tapak sewaannya yang tersendiri.
  • Payung dan khemah mudah alih serta boleh dipasang segera dan dikemas semula adalah menjadi satu kemestian.
  • Tidak dibenarkan langsung untuk mendirikan gerai atau tapak berniaga secara kekal atau tetap.
  • Urusan jual beli akan bermula dari seawal jam 3 petang dan tamat pada jam 10 malam.