Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Monday, March 14, 2011

Pesanan Kepada Calon KKG SMKDPB

Aspek Kawasan Kajian
  1. Seperti yg cikgu katakan dalam kelas, pelajar cuba buat peta Johor, kemudian peta daerah Pontian dan yg paling banyak markah ialah lakaran kawasan kajian di sepanjang jln pt mesjid.
  2. Konsepnya ialah dari peta makro kepada peta mikro - peta skala luas kepada peta skala kecil.
  3. Pastikan setiap peta ada Tajuk, Bingkai peta, Arah mata angin, Petunjuk, dan perletakan lokasi.
  4. Peta Johor dan Daerah Pontian boleh fotostate tetapi ia hendaklah peta lakar kosong dan tugas pelajar ialah melorek atau mewarna kawasan tertentu sahaja - kalau peta Johor lorek daerah Pontian, Kalau peta daerah Pontian lorek kawasan Pt Mesjid dari pinggir pantai hingga ke SMKDPB dan dari Jln Pt Semerah hingga ke Jalan Johor.
  5. Peta Jalan Pt Mesjid hendaklah terpeinci seberapa boleh yg lengkap dgn simbol budaya dan fizikal seperti petempatan, jalanraya, kedai, sekolah, rumah ibadat, pejabat dan seumpamanya manakala fizikalnya ialah seperti sungai pontian, pinggir pantai, tumbuhan belukar dan seumpamanya.
  6. Pastikan 1 peta untuk 1 helai kertas, elakkan bersambung ke muka surat lain.
  7. Peta kawasan kajian di jln pt mesjid hanya sebagai pemangkin atau pedoman anda. Sila buat ubahsuai atau penambahbaikan. Contohnya, sungai pontian kecil tidak lurus ! ia bengkang bengkok sedikit. Begitu juga dengan jln pt mesjid, tidaklah lurus seperti pembaris ! kan ?. Simbol petempatan mestilah petak kecil warna hitam.
  8. INGAT !! ADA 8 MARKAH DI SINI ! JGN BUAT ACUH TAK ACUH ! SIAPA BUAT CINCAI NANTI KAT SEKOLAH SAYA CINCAI KO ORG !
Kalau ada pertanyaan, sila tanya di bahagian comment !! kau orang tau kan caranya ?. Kena sign in dulu dalam account gmail. - google.

2 comments:

  1. Cikgu,bahagian bawah nak buat kotak untuk muka surat tak?

    ReplyDelete
  2. MESTI LA BEB ! KAN CIKGU DAH CAKAP BANYAK KALI DALAM KELAS.
    BUAT SATU GARISAN SEBAGAI TANDA TAMAT LAPORAN DAN SEDIAKAN KOTAK KECIL DI BAHAGIAN BAWAH SEBELAH KANAN.
    ANGKA MUKA SURAT DIBUAT SETELAH TAMAT LAPORAN SEMUA ASPEK.
    TAHNIAH ! SELAMAT MENGKAJI !

    ReplyDelete