Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Tuesday, March 15, 2011

Pendahuluan

Pendahuluan.
Menyatakan perkara-perkara berikut dalam satu perenggan :

1. Nama kawasan kajian
2. Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian
3. Tempoh masa kajian dijalankan

contohnya :
Kajian yang telah saya laksanakan ialah mengenai Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian Johor. Kawasan ini saya pilih kerana ia adalah dipersekitaran kawasan rumah / tempat tinggal saya atau Kawasan ini saya pilih kerana ia adalah laluan harian saya ke sekolah pergi dan balik sepanjang hari persekolahan atau Kawasan ini menjadi pilihan saya kerana SMK Dato' Penggawa Barat tempat saya belajar berada di hujung jalan parit mesjid dan dalam linkungan kawasan kajian iaitu 5km persegi. Tempoh masa yang saya ambil ialah selama 20 minggu / 5 bulan / antara bulan Februari hingga bulan Julai 2011.



Penghargaan

Penghargaan.

1. Menyatakan melebihi 3 pihak :

a. Tuan Pengetua - nama, gelaran dan sebab
Contohnya :
Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Hashim Bin Mohd. Dom iaitu Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian kerana telah mengizinkan saya menggunakan fasiliti dan kemudahan sekolah seperti komputer berinternet, bahan-bahan tulis dan penggunaan bilik darjah diwaktu petang.

b. Guru Subjek
c. Ibubapa / Penjaga
d. Rakan-rakan dalam kumpulan
e. Pihak luar / Responden / Penduduk / Jiran

Contoh guru subjek :
Tidak ketinggalan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subjek geografi KBSM tingkatan 3 saya iaitu En Zahari Bin Hj Ab. Manan kerana telah membimbing dan menunjuk ajar saya sepanjang bulan Februari hingga bulan Julai ketika melaksanakan kerja kursus geografi ini.

Senarai Kandungan

Senarai Kandungan.
Seperti yang telah kita bincangkan dalam kelas, buat kotak baris dan lajur yang mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Jalur 1 - Bilangan
2. Jalur 2 - Isi Kandungan / Aspek
3. Jalur 3 - Muka Surat

1. Baris 1 - Aspek Tajuk
2. Baris 2 - Senarai Kandungan
3. Baris 3 - Penghargaan
4. Baris 4 - Pendahuluan
5. Baris 5 - Objektif kajian
6. Baris 6 - Kawasan Kajian
7. Baris 7 - Kaedah Kajian
8. Baris 8 - Dapatan Kajian
9. Baris 9 - Rumusan
10. Baris 10 - Lampiran
11. Baris 11 - Rujukan

Bilangan muka surat adalah bergantung kepada jumlah helaian pada aspek-aspek tertentu contohnya aspek pendahuluan, tajuk kajian, penghargaan, senarai kandungan dan rumusan mungkin hanya memerlukan 1 halaman laporan sahaja berbanding aspek-aspek selainnya adalah lebih dari 2 helaian kertas.


TAJUK KAJIAN : PAS DI JLN PT MESJID. PTN

TAJUK KAJIAN.

Kajian Mengenai Pencemaran Alam Sekitar Di Sepanjang jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian Johor.

1. Ditulis dalam satu muka surat.
2. Pastikan tajuk tersebut lengkap dengan pilihan tajuk tugasan dan menyatakan lokasi secara tepat iaitu nama kawasan kajian, bandar / daerah dan negeri.
3. Justifikasikan tajuk agar lebih kemas dan teratur.


Monday, March 14, 2011

Pesanan Kepada Calon KKG SMKDPB

Aspek Kawasan Kajian
  1. Seperti yg cikgu katakan dalam kelas, pelajar cuba buat peta Johor, kemudian peta daerah Pontian dan yg paling banyak markah ialah lakaran kawasan kajian di sepanjang jln pt mesjid.
  2. Konsepnya ialah dari peta makro kepada peta mikro - peta skala luas kepada peta skala kecil.
  3. Pastikan setiap peta ada Tajuk, Bingkai peta, Arah mata angin, Petunjuk, dan perletakan lokasi.
  4. Peta Johor dan Daerah Pontian boleh fotostate tetapi ia hendaklah peta lakar kosong dan tugas pelajar ialah melorek atau mewarna kawasan tertentu sahaja - kalau peta Johor lorek daerah Pontian, Kalau peta daerah Pontian lorek kawasan Pt Mesjid dari pinggir pantai hingga ke SMKDPB dan dari Jln Pt Semerah hingga ke Jalan Johor.
  5. Peta Jalan Pt Mesjid hendaklah terpeinci seberapa boleh yg lengkap dgn simbol budaya dan fizikal seperti petempatan, jalanraya, kedai, sekolah, rumah ibadat, pejabat dan seumpamanya manakala fizikalnya ialah seperti sungai pontian, pinggir pantai, tumbuhan belukar dan seumpamanya.
  6. Pastikan 1 peta untuk 1 helai kertas, elakkan bersambung ke muka surat lain.
  7. Peta kawasan kajian di jln pt mesjid hanya sebagai pemangkin atau pedoman anda. Sila buat ubahsuai atau penambahbaikan. Contohnya, sungai pontian kecil tidak lurus ! ia bengkang bengkok sedikit. Begitu juga dengan jln pt mesjid, tidaklah lurus seperti pembaris ! kan ?. Simbol petempatan mestilah petak kecil warna hitam.
  8. INGAT !! ADA 8 MARKAH DI SINI ! JGN BUAT ACUH TAK ACUH ! SIAPA BUAT CINCAI NANTI KAT SEKOLAH SAYA CINCAI KO ORG !
Kalau ada pertanyaan, sila tanya di bahagian comment !! kau orang tau kan caranya ?. Kena sign in dulu dalam account gmail. - google.

LAKARAN KAW KAJIAN DI PT MESJID 2



LAKARAN KAW KAJIAN DI PT MESJID