Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Wednesday, March 27, 2013

Pindaan Laporan KKG 2013
SMK Dato' Penggawa Barat.

Salam semua pelajar !

Cikgu minta maaf kerana terdapat beberapa perubahan dan sedikit pindaan pada laporan KKG anda.  Setelah cikgu hadir taklimat pelaksanaan PBS di SM Sains pada tempoh hari, kami guru-guru geografi seluruh Johor diberikan input baru dan ditunjukkan jalan yang lebih mudah dan lebih luas skop laporannya.  Walaupun kita dah laksanakan agak jauh ke depan, cikgu rasa kita mesti anggap pindaan ini positif.

Rakan-rakan cikgu sependapat, setelah diumumkan soalan KKG pada bulan Februari lalu, kita mesti terus bertindak tanpa menunggu taklimat rasmi dari Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD yang disampaikan pada hujung bulan March.  Ini adalah untuk membantu pelajar agar tidak terlalu padat dengan pelaksanaan Kerja-kerja Kursus matapelajaran lain yang dijangka berjalan serentak.  Apatah lagi pada masa yang sama, kita terpaksa habiskan sukatan pada bulan Julai, melalui ujian dan peperiksaan yang amat penting untuk memasti target headcount tercapai, ditambah lagi dengan aktiviti-aktiviti Kokurikulum, mewakili sekolah, program-program sekolah yang tidak pernah kering dan bermacam-macam lagi perkara yang pelajar dan guru terlibat.

Justeru itu, mari kita terus memecut ke hadapan dan selesaikan apa yang mampu. Bahagian aspek yang perlu diubah, kita ubah, aspek yang diberi markah penuh mengikut speksifikasi yang dinyatakan, tinggalkan ke dalam fail dan terus ke aspek lain hingga selesai.

Cikgu terangkan dalam kelas selepas naik cuti bulan march ni.

No comments:

Post a Comment