Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Thursday, August 25, 2011

Cuti Raya - Cuti Kerja Sekolah - Cuti Dok Rumah !

Salam sekali lagi !
Raya kali ini cikgu tak berapa seronok la, sebab tidak ramai anak didik cikgu dapat A. Rata-rata dapat B aje dan yang sedih ada lagi yang dapat C dan D.

Untuk mengembalikan semangat cikgu, cikgu ada selitkan hadiah hari raya. Sila layari laman blog sekolah di smkdpbkluster.blogspot.com

Ada 2 fail yang dilampirkan :
i. Fail soalan PMR dari sekolah asrama penuh
ii. Fail skema - jawapan soalan atas.

Cara membuatnya biasalah, kan ?
1. Cuba tanpa rujukan
2. Rujuk buku pada mana-mana fakta yang lupa atau ragu-ragu.
3. Semak jawapan
4. Berikan rasional jawapan yang tidak dipilih - dimana sesuai.

5. Masukkan ke dalam fail geografi bersama-sama set latihan lain

Pastikan semuanya lengkap.

salam.

Tuesday, August 16, 2011

Cuti-cuti Kerja Rumah

Salam !
Sebelum pelajar-pelajar mengeluh panjang, cikgu ingin mengucapkan selamat berpuasa dan meyambut hari raya pada semua pelajar khasnya pelajar muslim. Mudah-mudahan segala usaha dan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit membawa keberkatan dunia akhirat.
Semasa cuti panjang ni, semua pelajar dikehendaki menyiapkan soalan-soalan ulangkaji yang telah diedarkan. Naik sekolah, kita akan semak bersama.

Caranya :
  1. Jawab semua soalan tanpa rujukan atau perbincangan.
  2. Tinggalkan mana-mana soalah yang ragu-ragu dan lupa fakta
  3. Pusingan kedua, jawab soalan-soalan yang ditinggalkan melalui rujukan buku
  4. Akhir sekali, berikan rasional jawapan yang tidak terpilih. Rujuk buku jika tidak ingat isi pelajaran atau fakta.
  5. Simpan dalam fail khas untuk disemak bersama ketika naik hari persekolahan nanti.
Set Soalan :
  1. Set 3
  2. Set 4
  3. Set 5
  4. Set Peperiksaan Setara Negeri Johor.
Selamat mengulagkaji, Jangan buang masa.

Sunday, June 12, 2011

Cepatnya CUTI sekolah !

Dulu sehari sebelum nak cuti, betapa gembiranya hati saya sebab dapat rehat panjang dan boleh menenangkan fikiran setelah serabut sepanjang hari memikirkan kerja kursus geografi kau orang yang tidak siap-siap. Tambahan lagi, tak sampai 80% pelajar cikgu dapat A dalam peperiksaan sumatif 2 baru-baru ini.
Esok dah naik sekolah ! kepala saya dah mula nak serabut sebab masih ramai yang belum siap kerja kursus geografi tu. Kawan-kawan saya di sekolah lain dah mula menanda dan ada yang dah menjatuhkan markah muktamad.
Mudah-mudahan kau orang ok-ok la hendaknya... aminnn....

Tuesday, May 24, 2011

KERJA RUMAH SEMASA CUTI SEKOLAH.

  • PASTIKAN SEMUA TELAH MENERIMA KERTAS SOALAN SUMATIF 2 MATAPELAJARAN GEOGRAFI T3.
  • PASTIKAN JUGA SEMUA TELAH MENERIMA KERTAS ARAHAN KERJA DI DALAM FAIL KERJA RUMAH MASING-MASING.
  • TULISKAN RASIONAL JAWAPAN PADA SOALAN-SOALAN YANG RELEVAN DENGAN MENGGUNAKAN PELBAGAI WARNA.
  • CONTOH ADA PADA KERTAS ARAHAN KERJA.
  • TAMPALKAN SEMUA SOALAN YANG TELAH DICARI RASIONAL JAWAPAN DI BAHAGIAN BELAKANG BUKU NOTA.
  • CIKGU AKAN SEMAK PADA PENGGAL PERSEKOLAHAN KE DUA NANTI.
SELAMAT BERCUTI

GRAFIK - GRAF BAR MUDAH

BAHAN GRAFIK

  1. Rujuk senarai nama guru yang telah diedarkan
  2. Kesan guru-guru yang menaiki kereta ke sekolah seramai tidak kurang 50 orang.
  3. Pastikan jenama kereta guru dan catat di sebelah nama guru tersebut.
  4. Rujuk prosedur membangunkan graf dari buku nota masing.
  5. Bangun graf bar mudah pada satu muka surat berasingan sahaja. jgn campur dengan data lain.
  6. Lengkapkan graf.

ASPEK 9 - RUMUSAN

  • Rumusan keseluruhan tentang dapatan kajian meliputi semua objektif kajian :
  1. Jenis Pencemaran Alam Sekitar di sepanjang jalan Parit Mesjid.
  2. Punca PAS di JPM
  3. Kesan PAS di JPM
  4. Cadangan Mengurangkan kesan PAS di JPM
  5. Penerapan nilai murni atau unsur patriotisme oleh penduduk
Contoh :

Secara kesimpulannya dari hasil kajian yang telah saya lalui......., Pada keseluruhan kajian yang telah saya laksanakan......., Secara konklusinya dari semua dapatan kajian yang telah saya lakukan........., Saya berpendapat, rumusan keseluruhan dari hasil kajian yang telah saya laksanakan......, Setelah siap melaporkan dapatan kajian yang saya lakukan di sepanjang jalan Parit Mesjid, saya dapati........,

..sambungan.. nyatakan beberapa jenis PAS yang berlaku di sepanjang JPM dan sebutkan puncanya sepertimana yang dilaporkan dalam dapatan kajian. Buat dalam bentuk ayat.

Perenggan kedua :
nyatakan kesan dan pendapat anda mengatasi masalah tersebut sepertimana yang dilaporkan dalam dapatan kajian dalam bentuk ayat.

Perenggan penutup :
terapkan nilai murni mengikut pandangan anda oleh penduduk JPM. Nyatakan harapan dan azam anda untuk memajukan JPM di masa hadapan.

Sunday, May 22, 2011

ASPEK 10 - LAMPIRAN

SUSUN KERTAS LAMPIRAN.

  1. LAMPIRAN 1
  2. LAMPIRAN 2
  3. LAMPIRAN 3
  4. LAMPIRAN 4
  5. 1 CONTOH BORANG SOAL SELIDIK
  6. GAMBAR DARI KERATAN AKHBAR ATAU MAJALAH
  7. POTONGAN / KERATAN AKHBAR ATAU BAHAN-BAHAN LAIN
  8. CETAKAN BAHAN DARI INTERNET
SEMUA BAHAN LAMPIRAN HENDAKLAH ADA KAITAN DENGAN TAJUK DAN KAJIAN.

ASPEK 11 - RUJUKAN

Bahagian ini merupakan laporan terakhir dalam Kerja Kursus Geografi.

Calon boleh menulis rujukan dari bahan-bahan berikut :

  1. Buku Teks Tingkatan 2
  2. Atlas
  3. Buku Rujukan
  4. Internet
  5. Majalah
  6. Jurnal
  7. Surat Khabar
  8. Buletin
  9. Orang Sumber.

  • Calon boleh pilih mana-mana bahan rujukan tersebut di atas
  • Minima Bahan rujukan ialah 3 atau lebih.
Untuk Rujukan Buku : Tuliskan mengikut susunan seperti berikut :

Nama Pengarang, Nama Buku, Tahun cetakan pertama, Penerbit.

Untuk Url Internet : Tuliskan semua alamat internet yang lengkap, Contohnya :
http://www.pencemaran alam sekitar.com.my

Untuk Orang Sumber :
Nama, Umur, alamat rumah.

Friday, May 6, 2011

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TAHNIAH - SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

TAHNIAH ! SEKOLAH KITA DIPILIH MENJADI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.
UNTUK ITU, PALAJAR PUN MESTI CEMERLANG.
PASTIKAN KEPUTUSAN MARKAH KKG JUGA CEMERLANG.

KITA BOLEH BUAT !!.

Kelas Sasaran - KKG

Kelas Sasaran KKG
Pada 7hb Mei 2011 yang akan datang, cikgu akan mengadakan kelas khas membetulkan dan meneruskan beberapa aspek KKG untuk kelas-kelas berikut :

Kelas sasaran : 3CA, 3KA dan 3KE
Tempat ; Dewan Lama ( blok bakti )
Masa : 10.30 pg - 12.00 tgh
Tarikh : 07.05.2011

Keperluan : Alat tulis, buku log, bahan kertas laporan.

Sekiranya ada pelajar-pelajar dari kelas lain yang merasakan perlu hadir, amat dialu-alukan kerana mungkin kesuntukan masa pada hari-hari persekolahan biasa.

Jumpa di sana !

Komen Laporan KKG - SMKDPB

KOMEN GURU
  1. Semua bahan dan idea laporan adalah gabungan dari dapatan pelajar yang cikgu kumpulkan dari setiap kelas. Ia boleh ditokok tambah di mana sesuai mengikut sudut pandangan pelajar. Namun, bukan semua boleh atau mesti diikut, pelajar harus bijak memilih dan menyesuaikan dengan laporan sendiri.
  2. Malangnya !! ada pelajar yang tidak langsung mahu mengubah suai dan mengarang laporan dalam ayat sendiri. Malah lakaran peta masih ramai yang tidak mengikut ketetapan yang cikgu tegaskan. Ramai pelajar yang mempunyai struktur ayat yang sama dan ia seolah-olah ditiru bulat-bulat dalam kumpulan tersebut.
  3. Anda adalah pelajar terpilih dari yang terbaik di seluruh daerah Pontian. Sedihnya, sikap anda tidak menunjuk ke arah itu.
  4. Cikgu masih manaruh harapan agar semua pelajar yang cikgu maksudkan ingin membuat perubahan dan memperbaiki laporan masing-masing. Cikgu khuatir, banyak markah akan dipotong kerana sikap itu.
  5. Cikgu meletakkan sasaran, pertengahan Jun ini adalah hari akhir menyiapkan KKG masing-masing. Sila bertindak !
Cikgu masih memberi dan menaruh harapan kepada anak-anak didik cikgu.

Saturday, April 23, 2011

Penyetaraan KKG SMKDPB

Perlengkapkan Laporan KKG !

Cikgu akan pergi menghadiri taklimat penyataraan KKG. Cikgu rasa tahun ini, akan ada pelawat luar datang ke sekolah untuk memastikan semua kerja kursus geografi telah dilaksanakan mengikut jadual dan ketetapan yang telah diberi sebelum ini.
Justeru itu, cikgu sangat-sangat berharap agar semua calon tidak mengabaikan tanggungjawab pelaksanaan kerja kursus. Semua laporan hendaklah dihantar kepada cikgu sepertimana tatacara penghantaran yang telah kita persetujui bersama. Bahan laporan yang telah ditanda hendaklah disimpan ke dalam fail himpunan ( pelastik ) dan disimpan di sekolah.
Ingat ! hanya bahan yang belum siap, sedang diusahakan, dibaiki atau dibuat semula sahaja yang dibenarkan bawa balik ke rumah. Bahan yang telah diberi markah sudah menjadi bahan bukti peperiksaan dan dilarang bawa pulang.

Lakukan yang terbaik


Sunday, April 17, 2011

Kesan Pencemaran

Menghurai
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
di JPM dan Penerapan Unsur Nilai

  1. Hujan Asid
  2. Penyakit
  3. Suhu Meningkat
  4. Udara Tercemar
  5. Bau Busuk
  6. Bunyi Bising
1. Hujan Asid.
  • berlaku kesan udara kotor dari asap kenderaan yg lalu lalang di JPM
  • angin yg membawa udara kotor dari kilang kelapa sawit berhampiran
2. Penyakit
  • penyakit kulit dan gatal kerana air yg kotor
  • kulit gatal dan mudah mendapat selsema dari hujan asid
  • sakit perut dari makanan kotor di tepi jalan
  • demam denggi dari nyamuk aedes di kawasan belukar
3. Suhu Meningkat
  • suhu tinggi pada waktu malam kerana rumah berhimpit
  • banyak kawasan belukar dibuka utk perumahan
  • tidak ramai penduduk menanam pokok hijau kerana sibuk bekerja
4. Udara Tercemar
  • pokok menjadi berdebu dan kotor
  • rumah sering berdebu dan menyusahkan surirumah
  • makanan dan minuman yg dijual di tepi jalan mudah tercemar
  • pesakit asma mudah terkena

5. Bau Busuk.
  • longkang yg tersumbat kerana aliran kecil dan pembuangan sampah
  • air lelehan dari lori sampah tidak menyenangkan
  • kawasan longgokan sampah menjadi tempat anjing berkeliaran
6. Bunyi Bising
  • gangguan / ketenteraman kepada penduduk di rumah pinggir jalan
  • memberi tekanan kpd penduduk yg ingin berehat / penat bekerja
Terapkan nilai murni : bertimbang rasa, hormat org lain, bijaksana

Boleh buat dalam bentuk peta minda atau esei berperenggan


Punca Pencemaran

Menyatakan dan Menghurai
punca pencemaran di JPM
Termasuk Penerapan Nilai Murni

  1. Kenderaan
  2. Pembakaran Terbuka
  3. Racun Serangga
  4. Sampah Sarap
  5. Sisa Domestik
  6. Pembinaan Jalanraya
  7. Perniagaan
  8. Petempatan
( pilih 5 sahaja )

1. Kenderaan : pengeluaran asap karbon monosida dan bau asap beracun
2. Pembakaran terbuka : penduduk membakar sampah,
3. Racun Serangga : penggunaan aerosol di rumah dan semburan fog mencegah aedes
4. Sampah Sarap : air busuk dari lori sampah, longgokan sampah tidak diambil mengikut jadual, terlalu banyak sampah di hadapan rumah yg dibongkar oleh haiwan liar, sikap kurang prihatin dari penjual makanan.
5. Sisa Domestik : Pembuangan sisa makanan, barangan sukar luput, tiada amalan tong kitar semula di hadapan rumah
6. Pembinaan : jalanraya yang sentiasa berlaku dari semasa ke semasa, pembinaan kawasan perumahan,
7. Perniagaan : pembuangan sampah, aliran kotoran berbentuk minyak ke longkang, sisa makanan di belakang kedai makan.
8. Petempatan : terlalu ramai penduduk di kaw perumahan, taman perumahan, pembuangan sampah banyak dan kereta diletakan di tepi jalan.

Terapkan nilai murni : kerjasama, gotong royong, ikhlas, sayangi tempat tinggal, bertanggungjawab, hati murni.

Laporkan dalam bentuk esei berperenggan.

Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Menyatakan dan & Menghuraikan
Pencemarah Alam Sekitar di JPM

  1. Udara
  2. Air
  3. Bunyi
  4. Bau
1. Udara : pencemaran dari kenderaan, habuk kenderaan, pembakaran terbuka
2. Air : paip bocor dan kotoran dalam paip ( klorin ), bekalan air tercemar oleh udara yg kotor.
3. Bunyi : enjin kenderaan, pembinaan perumahan, jentera berat,


Laporkan dalam bentuk peta minda seperti yang dibincangkan dalam kelas.
Fikirkan contoh hanya yang berlaku di persekitaran kawasan kajian - Jalan Parit Mesjid sahaja.

Laporan Hasil KKG - FASA 1

Kedudukan Hasil Kerja KKG - Terkini !
1. Lebih 90% pelajar telah menghantar laporan untuk FASA 1 ( Aspek 1 - 7 )
2. Namun masih ramai yang melakukan kesilapan dan wajib memperbaikinya !!
Cikgu belum memutuskan markah kepada yang belum membaiki kesilapan sehingga ia perbetulkan dan hantar semula pada cikgu.
3. Kepada mereka yang salah kritikal, sila buat semula sehingga , mencapai tahap yang diperlukan.
Kita semua nak A kan ?. Ingat amanat Tuan Pengetua - Only A for us !!
4. Baki 10% pelajar masih gagal menghantar laporan KKG Kepad cikgu ! Seperti yang cikgu nyatakan sebelum ini - JANGAN MENGUNDANG KEPAYAHAN ! - SUSAH NANTI.
5. MAJORITI CALON TIDAK MEMENUHI KEHENDAK & SYARAT MELAKAR PETA KHASNYA PETA KAWASAN KAJIAN DI PT MESJID. Ada masalah sentiasa jumpa cikgu.
Cikgu bantu.

Kepada atlete sekolah, wakil sekolah dan pelajar yang sering keluar dari kelas, bagi pihak sekolah cikgu ucapkan tahniah dan jutaan terima kasih, NAMUN anda masih wajib melakukan kerja kursus dan hantar sebelum masanya. Ingat tu !!

Monday, April 11, 2011

Kedudukan Laporan Terkini minggu ke 2 April.

Perkembangan Laporan Terkini - April

Sehingga minggu ke 2 bulan April, sepatutnya semua calon sudah hantar Aspek 1 - 5 dan telahpun dikurniakan markah. Cikgu harap semua calon sudahpun melakukan pembetulan atau penambahbaikan pada aspek tersebut.

Penghantaran laporan ke 2 pula ialah dari aspek 6 - 7 iaitu peta kawasan kajian - Johor, Pontian dan Jln Pt Mesjid. dan penerangan mengenai peta kaw kajian di jalan pt mesjid. Memanglah, bahagian ini agak rumit dan leceh, tetapi ganjaran markahnya lumayan. Cikgu mahu semua calon telah menghantar peta-peta tersebut serta membaiki atau menambahbaik mana-mana bahagian yang cikgu tegur.

Calon yang masih gagal menghantar dengan apa jua alasan akan berdepan dengan segala kesulitan kelak.

Teruskan perjuangan ! Rajin, Gigih dan ikhlas. Jangan bertangguh !

Sunday, April 3, 2011

Rumusan Peta Kawasan Kajian.

Kawasan Kajian.

Bahagian ini ada cikgu masukkan dalam blog sebelum ini. Sila semak dan rujuk cara mengarang dan melaporkannya.

Ingat ! hanya buat dalam satu muka surat sahaja.
Satu isi untuk satu perenggan sahaja.
Jika tidak pasti boleh tanya cikgu dalam kelas atau tulis dalam comment di blog ini.
Insyallah cikgu terangkan seringkas yang boleh.

Selamat Belajar.

Thursday, March 31, 2011

Ingatan Semua Calon !

Kelemahan Laporan Yg Telah Dihantar !

Cikgu dah semak lebih 80% dari laporan anda. Ramai yang lemah dalam lakaran peta dan tidak memasukkan perkara-perkara seperti Tajuk yg tepat, garisan sempadan peta, arah mata angin dan peta di bahagian pesisirannya tidak bersambung pada frame peta.

Sila buat pembaikan dan ambil tindakan pada bahagian yang cikgu tegur ! Olehkerana minggu ini ada MSSD Pontian, ramai guru yang ada tugasan luar, jadi inilah peluang anda menggunakan masa terluang untuk sama-sama melengkapkan laporan.

JANGAN MALAS !!!

Saturday, March 26, 2011

Semakan KKG & Pemarkahan

Pemarkahan KKG

Diingatkan kepada semua calon KKG 2011 utk kertas peperiksaan PMR 23/2.
Cikgu akan menyemak kemajuan anda dan meletakkan markah dari aspek 1 hingga ke aspek 5 atau 6.
Semua calon wajib bersedia dan menyerahkan bahan laporan yang telah lengkap dan betul di antara minggu 2 dan minggu 3 bulan April ini.
Sesiapa yang gagal menyerahkan bahan laporan tersebut akan mengudang kepayahan !!
Harap semua bersedia.

Pentaksir KKG sekolah.

Monday, March 21, 2011

PETA SATELIT

KAWASAN SEKOLAH KITA - SMKDPB
KAWASAN SDAHA & SMKDPB : SEBELAH SUNGAI
SEKADAR MENGHARGAI TEKNOLOGI
KAWASAN KAJIAN DI JLN PT MESJID, PONTIAN.


Friday, March 18, 2011

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Konsep Pencemaran Alam Sekitar

1. Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Contohnya :

Pembuangan sampah seperti plastik, kaca, bahan kimia dan seumpamanya ke dalam sungai boleh mengakibatkan sungai tercemar. Begitu juga pembuangan atau pelepasan asap dari kenderaan bermotor boleh mencemarkan udara manakala pembuangan sampah domestik ke merata tempat akan menyebabkan pencemaran bau dan mengalakkan pembiakan kuman serta berbagai jenis penyakit.

2. Pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.


Contohnya :

Pembuangan sisa-sisa toksid dari kilang kelapa sawit ke sungai akan mengakibatkan hidupan akuatik di tempat tersebut terjejas dan pupus.

http://www.scribd.com/doc/6064805/Kesan-Pencemaran-Alam-Sekitar-Terhadap-Dunia-Hari-Ini

http://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran alam:


Thursday, March 17, 2011

KAEDAH KAJIAN

Kaedah Kajian.
1. Kaedah Pemerhatian
2. Kaedah Temu Bual
3. Kaedah Soal Selidik
4. Rujukan

Contoh : Kaedah Pemerhatian.

Dalam kaedah pemerhatian, saya telah pergi meninjau di kawasan kajian bersama kumpulan untuk mencatat lokasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar di sini. Saya mencatat petempatan, bangunan kedai dan pejabat-pejabat kerajaan serta semua ciri-ciri budaya dan fizikal yang terdapat di sepanjang jalan parit mesjid untuk dilakar dan memasukkan semua catatan tersebut.

Contoh Temu Bual :

Saya telah memilih Lorong Damai, Jalan parit Mesjid, Pontian untuk menemu ramah beberapa orang penduduk di situ mengenai pencemaran yang berlaku. Selain itu, saya juga telah menemu ramah guru-guru di sekolah saya mengenai jenis kenderaan yang mereka gunakan setiap hari ke sekolah. Dapatan itu, saya bangunkan graf bar mudah untuk membuktikan berlaku sumbangan pencemaran udara.

Kaedah Rujukan :

......bersambung



Tuesday, March 15, 2011

KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian.
1. Skor markah dibahagian ini ialah 8 markah. banyak tuu.. !
2. Muka surat pertama di bahagian aspek ini ialah karangan 1 muka surat yang mengandungi 3 aspek atau lebih dengan hurainnya sekali.
3. Aspek huraiannya ialah :
i. Nama kawasan kajian
ii. Latarbelakang / sejarah kawasan kajian
iii. Lokasi kawsan kajian
iv. Pandang darat fizikal kawasan kajian.
v. Jarak dari bandar / pekan pontian kechil

Contohnya :
Kawasan kajian yang saya laksanakan ialah di persekitaran jalan parit mesjid, Pontian Johor. Kawasan ini pada asalnya adalah kawasan belukar dengan sedikit sahaja petempatan dan bangunan kedai atau sekolah. Walaupun pada awal petempatan, ia hanya merupakan kampung nelayan kecil dan terpencil, ia semakin maju dan berkembang pesat dengan berbagai pembangunan. Dewasa ini, telah wujud banyak bangunan pentadbiran kerajaan, kedai dan rumah.
Terletak kira-kira 1/2 KM dari pusat pentadbiran daerah dan menganjur sejauh 1.5 kilometer dari pantai hingga ke sekolah saya iaitu SMKDPB.
Purata kawasan kajian ini adalah rata dan pamah. Terdapat sebatang sungai di bahagian Tenggara kawasan kajian iaitu sungai pontian kechil. Air yang keroh mengalir dari daratan kerana pinggir sungai dipenuhi dengan lumpur.
Pada keseluruhannya, ia adalah sebuah petempatan yang selamat dan jarang berlaku bencana alam di kawasan ini.

Baca dan cuba fahami contoh di atas, kemudian karang dan bina ayat sendiri. Isi boleh sama tetapi olahan pandai-pandai pelajar lah !
Ingat ! jangan tiru bulat-bulat. Cikgu potong markah !!

Laporkan dalam 1 muka surat sudah memadai.

# Selepas laporan buat peta-peta seperti yang cikgu nyatakan sebelum ini.
# Peta mesti lengkap !!!


KAWASAN KAJIAN

Kawasan Kajian.
1. Skor markah dibahagian ini ialah 8 markah. banyak tuu.. !
2. Muka surat pertama di bahagian aspek ini ialah karangan 1 muka surat yang mengandungi 3 aspek atau lebih dengan hurainnya sekali.
3. Aspek huraiannya ialah :
i. Nama kawasan kajian
ii. Latarbelakang / sejarah kawasan kajian
iii. Lokasi kawsan kajian
iv. Pandang darat fizikal kawasan kajian.
v. Jarak dari bandar / pekan pontian kechil

Contohnya :
Kawasan kajian yang saya laksanakan ialah di persekitaran jalan parit mesjid, Pontian Johor. Kawasan ini pada asalnya adalah kawasan belukar dengan sedikit sahaja petempatan dan bangunan kedai atau sekolah. Walaupun pada awal petempatan, ia hanya merupakan kampung nelayan kecil dan terpencil, ia semakin maju dan berkembang pesat dengan berbagai pembangunan. Dewasa ini, telah wujud banyak bangunan pentadbiran kerajaan, kedai dan rumah.
Terletak kira 1/2 KM dari pusat pentadbiran daerah dan menganjur sejauh 1.5 kilometer dari pantai hingga ke sekolah saya iaitu SMKDPB.
Purata kawasan kajian ini adalah rata dan pamah. Terdapat sebatang sungai Tenggara kawasan kajian iaitu sungai pontian kechil. Air keroh mengalir dari daratan kerana pinggir sungai dipenuhi dengan lumpur.
Pada keseluruhannya, ia adalah sebuah petempatan yang selamat dan jarang berlaku bencana alam di kawasan ini.

Baca dan cuba fahami contoh di atas, kemudian karang dan bina ayat sendiri. Isi boleh sama tetapi olahan pandai-pandai pelajar lah !
Ingat ! jangan tiru bulat-bulat. Cikgu potong markah !!

Laporkan dalam 1 muka surat sudah memadai.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian.

Bahagian ini senang sahaja, pelajar hanya meniru kembali semua objektif kajian, Cuma letakkan perkataan kata kerja di bahagian hadapan ayat yang sesuai dan kaitkan dengan kawasan kajian.

Contoh katakerja ialah seperti :
menyatakan
mengklasifikasikan
menyenaraikan
memberi cadangan
menerapkan
mendifinisikan
mengesyorkan

Contohnya :
Objektif kajian yang telah saya laksanakan di sepanjang jalan parit mesjid meliputi perkara-perkara berikut :

1. Mendifinisikan konsep pencemaran alam sekitar yang terdapat di sepanjang jalan parit mesjid.
2. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di sepanjang jalan parit mesjid
3. Mencari punca berlakunya pencemaran alam sekitar di sepanjang jalan parit mesjid.
4.Menyatakan kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di persekitaran jalan parit mesjid.

.... dan seumpamanya. Mesti menyatakan semua objektif yang tertera dalam soalan KKG.
.... sila klik bahagian awal blog ini utk download soalan KKG 2011.

Jangan malas ! Jangan manja ! Buat kerja ikhlas ! Anda mesti berusaha !!

Pendahuluan

Pendahuluan.
Menyatakan perkara-perkara berikut dalam satu perenggan :

1. Nama kawasan kajian
2. Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian
3. Tempoh masa kajian dijalankan

contohnya :
Kajian yang telah saya laksanakan ialah mengenai Pencemaran Alam Sekitar di kawasan Jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian Johor. Kawasan ini saya pilih kerana ia adalah dipersekitaran kawasan rumah / tempat tinggal saya atau Kawasan ini saya pilih kerana ia adalah laluan harian saya ke sekolah pergi dan balik sepanjang hari persekolahan atau Kawasan ini menjadi pilihan saya kerana SMK Dato' Penggawa Barat tempat saya belajar berada di hujung jalan parit mesjid dan dalam linkungan kawasan kajian iaitu 5km persegi. Tempoh masa yang saya ambil ialah selama 20 minggu / 5 bulan / antara bulan Februari hingga bulan Julai 2011.



Penghargaan

Penghargaan.

1. Menyatakan melebihi 3 pihak :

a. Tuan Pengetua - nama, gelaran dan sebab
Contohnya :
Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Hashim Bin Mohd. Dom iaitu Tuan Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian kerana telah mengizinkan saya menggunakan fasiliti dan kemudahan sekolah seperti komputer berinternet, bahan-bahan tulis dan penggunaan bilik darjah diwaktu petang.

b. Guru Subjek
c. Ibubapa / Penjaga
d. Rakan-rakan dalam kumpulan
e. Pihak luar / Responden / Penduduk / Jiran

Contoh guru subjek :
Tidak ketinggalan ucapan jutaan terima kasih kepada guru subjek geografi KBSM tingkatan 3 saya iaitu En Zahari Bin Hj Ab. Manan kerana telah membimbing dan menunjuk ajar saya sepanjang bulan Februari hingga bulan Julai ketika melaksanakan kerja kursus geografi ini.

Senarai Kandungan

Senarai Kandungan.
Seperti yang telah kita bincangkan dalam kelas, buat kotak baris dan lajur yang mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Jalur 1 - Bilangan
2. Jalur 2 - Isi Kandungan / Aspek
3. Jalur 3 - Muka Surat

1. Baris 1 - Aspek Tajuk
2. Baris 2 - Senarai Kandungan
3. Baris 3 - Penghargaan
4. Baris 4 - Pendahuluan
5. Baris 5 - Objektif kajian
6. Baris 6 - Kawasan Kajian
7. Baris 7 - Kaedah Kajian
8. Baris 8 - Dapatan Kajian
9. Baris 9 - Rumusan
10. Baris 10 - Lampiran
11. Baris 11 - Rujukan

Bilangan muka surat adalah bergantung kepada jumlah helaian pada aspek-aspek tertentu contohnya aspek pendahuluan, tajuk kajian, penghargaan, senarai kandungan dan rumusan mungkin hanya memerlukan 1 halaman laporan sahaja berbanding aspek-aspek selainnya adalah lebih dari 2 helaian kertas.


TAJUK KAJIAN : PAS DI JLN PT MESJID. PTN

TAJUK KAJIAN.

Kajian Mengenai Pencemaran Alam Sekitar Di Sepanjang jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian Johor.

1. Ditulis dalam satu muka surat.
2. Pastikan tajuk tersebut lengkap dengan pilihan tajuk tugasan dan menyatakan lokasi secara tepat iaitu nama kawasan kajian, bandar / daerah dan negeri.
3. Justifikasikan tajuk agar lebih kemas dan teratur.


Monday, March 14, 2011

Pesanan Kepada Calon KKG SMKDPB

Aspek Kawasan Kajian
  1. Seperti yg cikgu katakan dalam kelas, pelajar cuba buat peta Johor, kemudian peta daerah Pontian dan yg paling banyak markah ialah lakaran kawasan kajian di sepanjang jln pt mesjid.
  2. Konsepnya ialah dari peta makro kepada peta mikro - peta skala luas kepada peta skala kecil.
  3. Pastikan setiap peta ada Tajuk, Bingkai peta, Arah mata angin, Petunjuk, dan perletakan lokasi.
  4. Peta Johor dan Daerah Pontian boleh fotostate tetapi ia hendaklah peta lakar kosong dan tugas pelajar ialah melorek atau mewarna kawasan tertentu sahaja - kalau peta Johor lorek daerah Pontian, Kalau peta daerah Pontian lorek kawasan Pt Mesjid dari pinggir pantai hingga ke SMKDPB dan dari Jln Pt Semerah hingga ke Jalan Johor.
  5. Peta Jalan Pt Mesjid hendaklah terpeinci seberapa boleh yg lengkap dgn simbol budaya dan fizikal seperti petempatan, jalanraya, kedai, sekolah, rumah ibadat, pejabat dan seumpamanya manakala fizikalnya ialah seperti sungai pontian, pinggir pantai, tumbuhan belukar dan seumpamanya.
  6. Pastikan 1 peta untuk 1 helai kertas, elakkan bersambung ke muka surat lain.
  7. Peta kawasan kajian di jln pt mesjid hanya sebagai pemangkin atau pedoman anda. Sila buat ubahsuai atau penambahbaikan. Contohnya, sungai pontian kecil tidak lurus ! ia bengkang bengkok sedikit. Begitu juga dengan jln pt mesjid, tidaklah lurus seperti pembaris ! kan ?. Simbol petempatan mestilah petak kecil warna hitam.
  8. INGAT !! ADA 8 MARKAH DI SINI ! JGN BUAT ACUH TAK ACUH ! SIAPA BUAT CINCAI NANTI KAT SEKOLAH SAYA CINCAI KO ORG !
Kalau ada pertanyaan, sila tanya di bahagian comment !! kau orang tau kan caranya ?. Kena sign in dulu dalam account gmail. - google.

LAKARAN KAW KAJIAN DI PT MESJID 2



LAKARAN KAW KAJIAN DI PT MESJID





PETA DAERAH PONTIAN 5

PETA DAERAH PONTIAN 4

PETA DAERAH PONTIAN 3

PETA DAERAH PONTIAN 2

PETA DAERAH PONTIAN 1

PETA NEGERI JOHOR 5

PETA NEGERI JOHOR 4



PETA NEGERI JOHOR 3



PETA NEGERI JOHOR 2



PETA NEGERI JOHOR 1

Peta Lokasi Daerah Pontian Di Negeri Johor

Monday, March 7, 2011


Contoh Peta daerah Pontian - Lorek di kawasan Parit Mesjid tau !
Dari sekolah kita ke arah tepi laut selat melaka.


Print Peta Untuk KKG

Salam kembali pelajar-pelajar Tingkatan 3. SMKDPB

Kalau nak cetak peta dari blog ini, begini caranya :-

1. Letakkan ikon tetikus atau pointer ke atas peta tersebut
2. Klik kanan dan pilih copy image
3. Buka perisian microsoft office dan paste
4. Drag untuk besarkan imej
5. Boleh cetak dah !

selamat mencuba.

Kerja Kursus Geografi - Do it during the school holidays.

Seperti yang cikgu bagitau dalam kelas, dalam bahagian Kawasan Kajian perlu disediakan beberapa buah peta lakar iaitu dari makro kepada mikro - dari skala besar kepada skala kecil. Untuk itu, pelajar mesti sediakan peta-peta berikut :-
1. Peta lakar kosong negeri Johor.
2. Lorekkan hanya daerah Pontian
3. Pastikan ada Tajuk, Petunjuk, Arah Mata angin, Sempadan peta dan penerangan ringkas mengenai lokasi daerah Pontian di Johor.
4. Buat yang original, jangan tiru bulat-bulat
5. Boleh tekap
6. Lakukan ke atas kertas yang cikgu dah edarkan sebelum ini.

Selamat Melaksanakan KKG.

Friday, February 11, 2011

KKG PMR 2011 - kod 23/2

Come and get it !
Kerja Kursus Geografi PMR 2011


Enjoy your "kerja kursus" - Make it happen

From Your Geografi Teacher
SMK Dato' Penggawa Barat. Pontian. Johor.