Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Friday, August 2, 2013

KRT

Salam Lebaran Aidil Fitri 1434H

Alhamdullilah, kita telah berjaya melaksanakan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dan tahniah kepada semua kerana kerjasama dan komitmen untuk mendapatkan pencapaian terbaik. Biarpun ada segelintir kecil yang cikgu umpamakan seperti nila yang merosakkan susu sebelanga. Akhirnya, nila itu tewas juga dari susu yang lebih banyak kandungannya.  Pelajar-pelajar ini akan disenarai hitam dan dipertimbangkan untuk tindakan disiplin akademik apabila ke Tingkatan 4 tahun hadapan.

Untuk kerja sekolah terancang,( hadiah hari raya ) cikgu mohon pelajar membuat ulangkaji dan merujuk buku rujukan atau buku teks dari soalan-soalan yang telah diberi semasa teknik menjawab soalan geografi PMR pada sabtu 27hb Julai 2013 di blok intelek dulu. Buat seperti yang cikgu sarankan iaitu membentuk kumpulan dikalangan rakan-rakan yang ngam, menjawab soalan-soalan yang diberi, merujuk buku untuk soalan yang diragui atau tidak ingat dan buat rasional jawapan.  INGAT !!, buat lebih kurang 10 soalan saja dalam satu masa dan jangan buat kerana nak cepat siap atau asal dah buat. Fahami betul-betul kehendak soalan dan jawab.  Rasional jawapan boleh rujuk buku teks.

Bersama ini cikgu selitkan beberapa kaedah untuk mengelakkan rasa stress atau bosan. Cubalah dengan mak ayah !!!

Salah seorang instruktor yang membuat demo mirip-mirip guru anda, cuba teka siapa dia ? Kalau betul dengan sangkaan cikgu, akan ada hadiah misteri menanti bila lepas cuti raya nanti.


Sempena hari raya aidilfitri ini, cikgu mengambil kesempatan untuk mohon maaf zahir dan batin sebab cikgu tahu mungkin ada pelajar tersinggung dari provokasi yang cikgu ajukan setiap kali masuk kelas.  Cuma, kadang-kadang cikgu benggang sikit, sebab pelajar yang diprovok langsung tidak menunjukkan mimik muka yang diharapkan. Tensengeh-sengeh adalaaa...   .  Dann.....  cikgu amat yakin pelajar pun nak minta maaf dengan cikgu, kann ??? Cikgu maafkan dengan syarat hadiahkan cikgu A dalam keputusan Geografi PMR 2013. eehhh  ????. 

SELAMAT BERJAYA  !!!!!

No comments:

Post a Comment