Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Friday, June 19, 2015

Cadangan

Cadangan :

Bahagian ini memerlukan huraian berkaitan beberapa cadangan untuk memajukan dan mempergiatkan lagi hasil ekonomi penduduk di kawasan kajian, ia samada dari calon atau pendapat responden yang ditemu bual .

Contoh : 

  • kerja sampingan
  • meningkatkan kemahiran untuk mengambil upah
  • urusniaga online - internet
  • berkebun sayur - jangkamasa pendek
  • membuka kelas kemahiran - masakan, jahit, gubahan
  • mempelbagaikan hasil tangkapan ikan - fish ball, sata, keropok, ikan pekasam, ikan salai dsn.
  • Hobi yang menjana tambahan pendapatan


Contoh :
Hasil perbincangan bersama kumpulan, saya dapat menyimpulkan 4 cadangan untuk menambahbaik hasil pencarian penduduk di sekitar kawasan kajian ialitu :
i. membuat kerja-kerja sampingan
ii. meningkatkan kemahiran individu untuk mengambil upah
iii. berurusniaga melalui internet atau online.
iv. berkebun sayur di halaman rumah


Penduduk yang mempunyai masa lapang terutamanya selepas kerja rasmi boleh melakukan kerja-kerja tambahan untuk menambah hasil pencarian samada pada hari yang sama atau di hujung-hujung minggu.  Contohnya, mereka boleh mengambil upah memotong rumput di halaman rumah jiran atau mungkin mengambil upah menjahit jika ada kemahiran tersebut.

Begitu juga kemahiran yang boleh dipelajari seperti membaiki perkakas alat elektronik dan membuka bengkel secara kecil-kecilan.  

Ketiga - tiga cadangan mestilah dihuraikan, dan diberi contoh bagaimana ia dilakukan.

No comments:

Post a Comment