Geografi PMR SMKDPB

Geografi PMR SMKDPB

Friday, June 19, 2015

Kaedah Kajian

Kaedah Kajian :

1.  Kaedah Pemerhatian
2.  Kaedah Temu Bual
3.  Kaedah Soal Selidik
4.  Kaedah Rujukan

Beberapa kaedah kajian boleh digunakan untuk mencari maklumat.  Kaedah kajian mestilah relevan dan berkaitan dengan data / maklumat dalam laporan.  Contohnya jika calon ingin membangunkan sebuah persembahan data melalui Graf Bar, maka kaedah kajian yang paling sesuai ialah dgn menggunakan kaedah soal selidik.

Contoh :
Untuk membuat laporan berkaitan kegiatan ekonomi di persikitaran SMKDPB, Jalan Parit Mesjid, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian seperti dibawah :

Kaedah Pemerhatian ialah laporan calon berkaitan dapatan / maklumat yang dicari sendiri / pergi ke lapangan kawasan kajian untuk mendapatkan data.

Contoh :  Saya telah pergi ke kawasan kajian iaitu di persekitaran kampung pesisir untuk melihat sendiri jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk.  Kebanyakkan kegiatan ekonomi yang mereka lakukan ialah sebagai nelayan.


Kaedah Temu Bual : ialah cara mendapatkan maklumat melalui temu ramah kepada penduduk / responden di kawasan kajian.

Contoh : Saya telah menemuramah beberapa orang penduduk di kawasan bandar Pontian iaitu En .......... dan Pn.............berkaitan pekerjaan yang mereka lakukan dan bertanyakan pendapat tentang berbagai jenis pekerjaan yang penduduk lakukan


Kaedah Soal Selidik ialah maklumat atau data yang saya perolehi dari berapa keping borang soal jawab yang diedarkan kepada responden di kawasan kajian. -  diantara isi pertanyaan ialah jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian.

Contoh  : saya telah menyediakan sebanyak 20 keping borang soal selidik untuk diedarkan / ditaburkan kepada beberapa kawasan kajian  agar saya dapat membangunkan graf atau carta pai untuk persembahan grafik


Kaedah Rujukan ialah maklumat yang diperolehi dari rujukan buku akhbar, majalah, internet dan seumpamnya 

Contoh : saya mendapatkan maklumat melalui rujukan buku,  kamus dan internet ( sebutkan Url dan jodol buku ). Takrif dan definisi berkaitan keg ekonomi saya dapatkan dari kaedah ini.

No comments:

Post a Comment